Bersempena bulan Ramadan 1445H, Pusat Islam UTM melalui inisiatif UTM Prihatin menganjurkan Projek Charity Bubur Lambuk sebagai usaha mengeratkan hubungan komuniti serta memeriahkan amalan sedekah di kalangan warga kampus. Program ini dilaksanakan di Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.
Projek kali ini mendapat tajaan daripada Majlis Profesor dengan kerjasama UTM Campus Sustainability (UTMCS) sebagai sokongan terhadap matlamat untuk membudayakan kampus lestari.
Bubur lambuk telah diagihkan di Wakaf Masjid Sultan Ismail, UTM pada 26 dan 28 Mac 2024 serta 2 April 2024, bermula dari jam 2.15 petang hingga selesai.
Bagi meastikan kelancaran aktiviti mencedok dan mengagihkan bubur lambuk kepada warga kampus, Pusat Islam UTM telah melantik sukarelawan yang turut membantu dalam proses pengagihan kepada pelajar, staf dan warga kampus. Turut terlibat adalah salah seorang wakil staf daripada Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) serta staf dari jabatan lain.
Semoga usaha ini memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta terus menyemarakkan budaya prihatin di kalangan komuniti kampus UTM.
Related Articles
PEMENANG AKRI 2022- UTM – JOHAN
UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexAnugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022 merupakan anugerah yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik...
PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA ke-14 – UTM
UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDex24 Mac 2022 (Khamis) – Pengerusi Penyelidikan Bersekutu (Bahan Keterhadapan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ts. Mohd. Hafiz Dzarfan bin Othman dinobatkan Anugerah Ahli Akademik Harapan dalam Majlis Anugerah...
Pemenang Anugerah Penasihat Akademik 2021, Anugerah Pengajaran 2021 dan Anugerah Tokoh Akademik 2021, Majlis Citra Karisma 2022
UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 20 Julai 2022 (Rabu), Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2022 telah diadakan bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia. UTM CDex bertanggungjawab menguruskan sebanyak tiga (3)...






