Projek Charity Bubur Lambuk – Sukarelawan Agihan Makanan Iftar

Artikel oleh Pn. Nurliza binti Abd Rahman

AHLI A.I.SQUAD

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah bin Rasid

Pegawai Tadbir (Pereka)

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Bersempena bulan Ramadan 1445H, Pusat Islam UTM melalui inisiatif UTM Prihatin menganjurkan Projek Charity Bubur Lambuk sebagai usaha mengeratkan hubungan komuniti serta memeriahkan amalan sedekah di kalangan warga kampus. Program ini dilaksanakan di Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.

Projek kali ini mendapat tajaan daripada Majlis Profesor dengan kerjasama UTM Campus Sustainability (UTMCS) sebagai sokongan terhadap matlamat untuk membudayakan kampus lestari.

Bubur lambuk telah diagihkan di Wakaf Masjid Sultan Ismail, UTM pada 26 dan 28 Mac 2024 serta 2 April 2024, bermula dari jam 2.15 petang hingga selesai.

Bagi meastikan kelancaran aktiviti mencedok dan mengagihkan bubur lambuk kepada warga kampus, Pusat Islam UTM telah melantik sukarelawan yang turut membantu dalam proses pengagihan kepada pelajar, staf dan warga kampus. Turut terlibat adalah salah seorang wakil staf daripada Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) serta staf dari jabatan lain.

Semoga usaha ini memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta terus menyemarakkan budaya prihatin di kalangan komuniti kampus UTM.

Related Articles

Related
Bengkel Penulisan Case Study Program UTMDec : 21 Jun 2021

Bengkel Penulisan Case Study Program UTMDec : 21 Jun 2021

JK Kewangan Program UTMDeC  Urusetia Program Urusetia, WebmasterBengkel Penulisan Case Study ini telah dianjurkan oleh Unit ALPD kepada Jawatankuasa Pelaksana Program UTMDec pada 21 Jun 2021, Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk...

read more