Selamat Hari Lahir Staf UTM CDex

Artikel oleh Nizam Ahmad

Bendahari KAPELLA

Disunting oleh Encik Mohd Harith Fadzillah Rasid

Pegawai Tadbir (Pereka), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Meluangkan masa dan meraikan sambutan hari kelahiran atau hari jadi kepada staf merupakan satu penghargaan dan penghormatan. Menjadi salah satu aktiviti tahunan yang dirancang oleh Kelab Keluarga Kapella untuk meraikan hari kelahiran setiap staf.

Setiap tahun, Kelab Keluarga Kapella akan menyediakan hadiah tanda kenangan buat setiap staf sebagai hadiah hari lahir. Pada tahun ini, pihak ahli jawatan kuasa bersetuju untuk memberi bekas makanan elektrik kepada setiap ahli berdasarkan peruntukan yang dipersetujui dalam mesyuarat Kapella.

Penyampaian hadiah telah diadakan sewaktu Majlis Riang Ria Raya UTM CDex pada 30 April 2024. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah diiringi Pengerusi Kapella, Encik Raja Muhammad Fariz bin Raja Rohaizat kepada semua ahli.

Majlis turut diisi dengan acara memotong kek beramai-ramai dan bergambar kenang-kenangan. Selamat Hari Lahir diucapkan kepada semua staf UTM CDex.

 

Related Articles

Related
LAWATAN PENANDAARAS EKSA UTM CDex

LAWATAN PENANDAARAS EKSA UTM CDex

Urusetia EKSA zon orenWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 17 November 2022 (Khamis), Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) di bawah Jawatankuasa Latihan telah menganjurkan Lawatan...

read more
PEMENANG AKRI 2022- UTM – JOHAN

PEMENANG AKRI 2022- UTM – JOHAN

UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexAnugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022 merupakan anugerah yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik...

read more
UTM Open Day