Program Semarak Kemerdekaan UTMLead 2021
Artikel oleh Isyq Irfan
Urusetia Program
Gambar oleh Isyq Irfan
Jurugambar Rasmi
Diterbitkan oleh Raja Fareez
Urusetia, Webmaster
Sekitar bulan Ogos dan September 2021 telah diadakan Program Semarak Kemerdekaan UTMLead sempena sambutan Merdeka pada 31 Ogos 2021. Program ini telah dijalankan secara bersemuka dan di atas talian sepanjang bulan Ogos sehingga awal bulan September 2021 dengan pelbagai aktiviti kemerdekaan.
Pada 29 Ogos 2021, telah diadakan perasmian Program Semarak Kemerdekaan UTMLead secara atas talian menerusi pautan Webex yang diselaraskan oleh Cik Nurliyana Mohamad Nor dan telah dirasmikan oleh Pengarah UTMLead Prof Madya Ir. Dr. Sharifah Hafizan Syed Ariffin. Agenda sepanjang perasmian program ialah, pemasangan video montaj program yang dihasilkan oleh En. Zul Azri. Kemudian disusuli dengan video ucapan merdeka staf UTMLead yang telah dhasilkan oleh En. Muhammad ‘Isyq ‘Irfan Fani. Program disambung dengan aktiviti deklamasi sajak oleh En. Jeffri Abdul Rahman dan diakhiri dengan pemasangan lagu patriotik.
Aktiviti deklamasi sajak, pantun, dan perkongsian cerita sejarah negarawan diteruskan bermula 29 Ogos sehingga 9 September 2021, setiap hari selepas bacaan doa pagi UTMLead. Aktiviti-aktiviti ini telah disertai oleh staf-staf UTMLead sendiri yang terdiri daripada En. Jeffri, Cik Priscilla, En. Amri Fikri, En. Irfan, Cik Azirah, Puan Norliah, Ts. Dr. Azizul Azri dan Puan Nurliza secara bergilir. Selain itu, lagu-lagu patriotik juga dimainkan setiap pagi oleh En. Mohd Gaffar selepas aktiviti perkongsian dijalankan.
Pada 9 September 2021, program Semarak Merdeka telah ditutup dengan aktiviti kuiz merdeka yang dikendalikan oleh Encik Mohd Arshad melalui pautan Quizizz. Staf telah diuji dan bertanding dengan 30 soalan kuiz mengenai kemerdekaan. Keputusan akhir kuiz telah dimenangi oleh Encik Muhammad ‘Isyq ‘Irfan Fani dan Encik Mohamad Nizam Ahmad.
Selain daripada itu, telah diadakan juga undian bagi video ucapan merdeka staf paling win. Ts.Dr. Azizul Azri Mustaffa telah mendapat undian tertinggi dengan 15 undian secara keseluruhan.
Terima kasih diucapkan kepada semua staf UTMLead yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Semarak Kemerdekaan UTMLead. Semoga program ini sedikit sebanyak memupuk semangat patriotik di dalam diri kita.
Malaysia Prihatin.
Related Articles
Related
BENGKEL PENULISAN PROSEDUR KAEDAH PENYAMPAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN : 7 Julai 2021
Urusetia BengkelUrusetia, Webmaster Pada 7 Julai 2021 , UTMLead telah menganjurkan Bengkel Penulisan Prosedur Kaedah Penyampaian Pengajaran & Pembelajaran secara dalam talian. Bengkel Penulisan Prosedur Kaedah Penyampaian Pengajaran & Pembelajaran telah...
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...
Anugerah Khas Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tahun 2018 (AKRI 2018)
PELAJAR UTM TERPILIH MENYERTAI PROGRAM SOUTHEAST ASIAN SCHOLARS FOR HIGHER EDUCATION LEADERSHIP (SEASHEL) 2018
Bandar Enstek Negeri Sembilan, 29 Julai 2018 – Seorang pelajar UTM iaitu Sdra. Zulhanafi bin Paiman yang sedang mengikuti pengajian peringkat PhD dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Termobendalir) dan juga merupakan penerima Skim Latihan Akademik Muda...
Hitachi Scholarship Research Support Program 2018
Hitachi Scholarship Research Support Program 2018 is a new program that offers research grant to eligible faculty members from universities in the South East Asia region. The scholarship provides an opportunity for researchers to conduct research in Japan for a...