(MODUL C1): PENGAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI (PRINSIP ASAS DAN PEMBANGUNAN OBJEK PEMBELAJARAN DIGITAL)

SINOPSIS

Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pensyarah universiti untuk mempertingkatkan keberkesanan proses P&P melalui aplikasi teknologi. Penekanan akan diberikan khususnya dalam proses merancang, merekabentuk dan membangunkan objek atau bahan pembelajaran menerusi penggunaaan perisian persembahan elektronik, pembangunan laman web dan juga perisian-perisian pembangunan teknologi multimedia

OBJEKTIF

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • Memahami konsep dan asas penggunaan teknologi multimedia dan Internet dalam P&P
  • Menguasai prinsip dan teknik dalam menghasilkan pelbagai objek pembelajaran digital yang memanfaatkan teknologi multimedia dan teknologi Internet.
  • Merekabentuk dan membangunkan pelbagai objek pembelajaran digital bagi tujuan P&P

KANDUNGAN KURSUS
  • Prinsip-prinsip P&P Menerusi Penggunaan Teknologi

  • Contoh-contoh Penggunaan Teknologi dalam P&P

  • Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

  • Teknologi Multimedia dalam P&P

  • Asas Penyediaan Elemen Multimedia : Grafik & Animasi

  • Reka Bentuk Bahan P&P Berbantukan Komputer:  Reka Bentuk Informasi, antara muka dan Interaksi

  • Mereka bentuk Bahan P&P Berbantukan Komputer

  • Menghasil, Mengguna & Menyebarkan Bahan P&P Berbantukan Komputer

  • Konsep dan asas penggunaan teknologi multimedia dan Internet dalam P&P

  • Merekabentuk dan membangunkan objek pembelajaran digital bagi tujuan P&P

  • Menggunakan objek pembelajaran digital bagi tujuan P&P

KUMPULAN SASARAN
  • Staf akademik yang akan menduduki TK3

BILANGAN PESERTA

40 peserta

TEMPOH & TENTATIF TARIKH KURSUS

2 hari (5 – 6 Julai 2006)