MODUL D2 : KURSUS TEKNOLOGI INTERNET DALAM PROSES P&P

SINOPSIS

Teknologi Internet  merupakan teknologi yang amat penting dalam proses komunikasi manusia masa kini. Ianya apabila dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu memberi impak yang positif  terhadap pembelajaran pelajar. Walau bagaimanapun, tidak semua kemudahan atau teknologi yang disedaikan mampu dikuasai dan seterusnya digunakan oleh golongan pendidik secara bekesan. Oleh yang demikian, kursus ini akan mendedahkan kepada staf akademik bagaimana memanfaatkan teknologi Internet secara optimum khususnya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • Menjelaskan kemudahan-kemudahan Internet yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan P&P.
  • Menguasai pelbagai teknik mencari, memuat turun serta menggunakan teknologi multimedia menerusi web bagi tujuan P&P.
  • Menguasai pelbagai teknik menerbitkan laman web yang ringkas tetapi interaktif bagi tujuan P&P.
KANDUNGAN KURSUS
  • Konsep asas Internet dan bagaimana ianya boleh dimanfaatkan dalam proses P&P.

  • Teknologi multimedia menerusi web.

  • Pelbagai teknologi dan kemudahan dalam penerbitan laman web bagi tujuan P&P.

KUMPULAN SASARAN
  • Staf yang mempunyai kemahiran komputer dan telah mengikuti kursus pengajaran menggunakan teknologi (e-pembelajaran)

BILANGAN PESERTA

20 peserta

TEMPOH & TENTATIF TARIKH KURSUS

1 hari ( 1 kali setahun )

Tarikh :
15 Julai 2008