SINOPSIS
Selain dari sistem dan prosedur pengurusan yang terancang, amalan reflektif adalah suatu kaedah yang terbukti berkesan dalam usaha menambahbaik kualiti dan keberkesanan proses P&P seseorang pensyarah. Kaedah ini bukan sahaja praktikal bahkan menawarkan kaedah penambahbaikan yang berterusan tanpa sebarang kekangan (seperti prosedur pentadbiran, kewangan, masa, dll). Kursus ini direkabentuk untuk memberikan pendedahan kepada pensyarah untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan amalan reflektif P&P yang berkesan.
.
OBJEKTIF
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Memahami dan menghayati dengan mendalam falsafah, konsep dan objektif amalan refleksi P&P
- Menguasai kemahiran membuat proses refleksi diri ke atas amalan P&P yang lepas
- Merancang usaha penambahbaikan berterusan ke atas amalan P&P akan datang
.
KANDUNGAN KURSUS
-
Konsep dan Prinsip Asas Amalan Reflektif P&P
-
Bengkel Kenal Diri: ‘Adakah Saya Seorang Pemikir dan Pengamal Reflektif?
-
Model, Strategi dan Perlaksanaan Pemikiran dan Amalan Reflektif Dalam P&P
-
Sistem Pengurusan Pengetahuan untuk Menyokong Proses Pemikiran dan Amalan Dalam P&P
-
-
Mengenalpasti Insiden Kritikal pengalaman P&P
-
Penghasilan Catatan Pembelajaran (Learning Log)
-
Perlaksanaan Refleksi Kritikal Untuk Pembaikan Berterusan
-
Bengkel Kaedah Amalan Reflektif
Bengkel Perancangan Penambahbaikan Berterusan Dalam P&P
-
Penambahbaikan Berterusan Pengetahuan
-
Penambahbaikan Berterusan Kemahiran
-
Penambahbaikan Berterusan Sikap
-
KUMPULAN SASARAN
-
Staf akademik yang akan menduduki TK4
BILANGAN PESERTA
40 peserta
TEMPOH & TENTATIF TARIKH KURSUS
1 hari (18 September 2006)