Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Artikel oleh Nizam Ahmad

Penerbit Rancangan

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Penolong Pendaftar Kanan

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Pada 21 Mac 2023, warga kerja Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), telah meluangkan masa untuk berkumpul bersama bagi menjayakan penggambaran video raya UTM CDex dan sesi fotografi sempena Hari Raya.

Pada tahun ini UTM CDex telah memilih Rumah Tropika Universiti Teknologi Malaysia sebagai lokasi pengambaran. Sesi fotografi dan rakaman video raya ini bermula pada 9.00 pagi hingga  2.00 petang. Video raya yang julung kali diterbitkan oleh UTM CDex ini menampilkan barisan pelakon daripada warga kerja UTM CDex sendiri, dimana Puan Jaslina binti Ja’apar berlakon sebagai Ibu, Encik Mohd Harith Fadzillah bin Rasid sebagai Ayah, Encik Muhammad Isyq Irfan Fani bin Rajab sebagai Anak, dan watak tambahan Puan Nuril Aini binti Ahmad Tohid sebagai Jiran.

Kerjasama yang baik daripada warga kerja UTM CDex memudahkan perjalanan penggambaran dan rakaman ini.  Video raya yang diberi judul Holo Raya ini telah ditayangkan di setiap media sosial UTM CDex pada 10 April 2023.

Related Articles

Related
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

read more
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexKursus Pembinaan Pasukan anjuran Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayayanya pada 26 Februari 2024 di Hutan Rekreasi UTM....

read more