Aktiviti Kebajikan KAPELLA Khas buat Staf UTM CDex

Artikel oleh Muhammad 'Isyq 'Irfan Fani Bin Rajab

UTM CDex

UTM CDex: Pada suku pertama tahun 2022 Kelab KAPELLA telah membuat sumbangan kepada dua staf UTM CDex yang telah diuji dengan musibah kesihatan. Justeru itu, Kelab KAPELLA UTM CDex telah mengambil inisiatif bersama mengumpul dana bagi meringankan beban pada staf yang diuji dengan wabak penyakit Covid-19.

Kelab juga telah menyumbang 3 kotak RTK (Saliva Test Kit Covid19) dan 1 paket face mask (10 keping) kepada setiap warga UTM CDex. Sumbangan kecil ini berikutan dengan kenaikan kes Covid19 di kampus UTM. Diharap staf boleh menggunakan keperluan ini di pejabat atau di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. KAPELLA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan & ribuan terima kasih kepada semua staf UTM CDex yang telah menyumbang untuk meringankan beban staf yang terlibat.

Related Articles

Related
PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH KAPELLA

PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH KAPELLA

Bendahari KAPELLAPengerusi KAPELLASetiausaha KAPELLAWebmaster UTM CDex5 April 2023 (Rabu)-Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menyumbangkan hamper berupa kordial minuman dan sampul hari raya kepada 29 orang staf UTM CDex bagi meraikan kedatangan...

read more
Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 21 Mac 2023, warga kerja Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), telah meluangkan masa untuk berkumpul bersama bagi menjayakan penggambaran video raya UTM CDex dan sesi fotografi...

read more