Pada 24 November 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM CDEX bagi menghargai sumbangan dan dedikasi Encik Arshad Musa, seorang Pembantu Am Pejabat yang telah berkhidmat dengan cemerlang di UTM CDex. Majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan sekerja dan pihak pengurusan UTM CDEX itu turut diserikan dengan majlis makan dan penyerahan hadiah daripada KAPPELA serta rakan-rakan pejabat.
Encik Arshad yang telah menyumbang banyak tenaga dan usaha dalam tugasan harian di UTM CDEX, akan memulakan fasa baru dalam kerjayanya sebagai Pembantu Tadbir Pengkeranian dan Operasi di Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM.
Majlis ini bukan sahaja sebagai acara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Encik Arshad, tetapi juga sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan jasa beliau kepada organisasi. Dalam suasana penuh kekeluargaan, rakan-rakan sekerja menyampaikan ucapan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan di tempat baru. Pihak KAPPELA juga turut menyampaikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada Encik Arshad atas dedikasinya. Dengan penuh rasa hormat, kami mengucapkan tahniah kepada Encik Arshad Musa dan semoga beliau terus cemerlang dalam perjalanan kerjaya beliau yang seterusnya. Tahniah Encik Arshad Musa, semoga sukses selalu!
Related Articles
CERAMAH INTEGRITI : INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN – BUKAN LUPA, TETAPI TAK INGAT
UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 9 November 2022 (Rabu), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan ceramah bertajuk Integriti Dalam Perkhidmatan - Bukan Lupa, Tetapi Tak Ingat. Perkongsian ilmu yang telah dijalankan...
LAWATAN PENANDAARAS EKSA UTM CDex
Urusetia EKSA zon orenWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 17 November 2022 (Khamis), Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) di bawah Jawatankuasa Latihan telah menganjurkan Lawatan...
Majlis Apresiasi Staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) 2022
UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexMajlis Apresiasi Staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), JTNCAA merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat JTNCAA. Majlis ini telah diadakan pada 11 Ogos yang lalu bertempat di Hotel...






