Terima Kasih Puan Nuril Aini

Artikel oleh Nizam Ahmad

JK EKSA (Zon Oren)

Disunting oleh Encik Mohd Harith Fadzillah Rasid

Pengerusi Zon Oren

Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dan Jawatankuasa Pelestarian UTM CDex mengambil peluang menyampaikan cenderahati kepada Puan Nuril Aini selaku mantan Pengerusi EKSA Zon Oren UTM CDex dan mantan Pengerusi Jawatankuasa Pelestarian UTM CDex semasa berlangsungnya Majlis UTM CDex Grand Magnificent Awards 2024 pada 6 Mac 2024 yang diadakan di Granada Hotel Johor Bahru.

Cenderahati telah disampaikan oleh Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah, diringi oleh Pengerusi EKSA dan Lestari yang baharu iaitu Encik Mohd Harith Fadzillah bin Rasid.

Sepanjang Puan Nuril Aini menggalas tugas sebagai Pengerusi, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memperkasa inisiatif EKSA dan Lestari. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah,

Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren

  • Gotong Royong EKSA
  • Audit Silang
  • Anugerah Ruang Kerja Terbaik
  • Anugerah Laci Terbaik
  • Anugerah Zon EKSA Terbaik UTM CDex
  • Anugerah Ikon EKSA
  • Lawatan Penanda Arasan
  • DLL

Jawatankuasa Pelestarian UTM CDex

  • Program Pelestarian Kitar Semula Kertas Terpakai UTM CDex 2023
  • Program Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai UTM CDex
  • DLL

Sepanjang itu juga, UTM CDex telah menerima pengiktirafan dan anugerah di peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (JTNCAA) iaitu Anugerah EKSA, Majlis Apresiasi Staf JTNCAA 2023 dan Johan Pertandingan Keceriaan Pejabat bersempena Minggu Lestari JTNCAA 2023.

 

Related Articles

Related
PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH KAPELLA

PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH KAPELLA

Bendahari KAPELLAPengerusi KAPELLASetiausaha KAPELLAWebmaster UTM CDex5 April 2023 (Rabu)-Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menyumbangkan hamper berupa kordial minuman dan sampul hari raya kepada 29 orang staf UTM CDex bagi meraikan kedatangan...

read more
Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 21 Mac 2023, warga kerja Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), telah meluangkan masa untuk berkumpul bersama bagi menjayakan penggambaran video raya UTM CDex dan sesi fotografi...

read more