Pada 27 dan 28 Julai 2017, 2 produk pembelajaran daripada UTM telah memenangi pingat emas di Karnival eLearning (eLC 2017) yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh di Kampus Induk UTeM, Melaka. Karnival eLC2017 merupakan salah satu platform bagi mempromosikan pendekatan terbaik dalam pengaplikasian eLearning di peringkat Institusi Pengajian Tinggi. 
 
Salah satu daripada produk yang memenangi pingat emas adalah goReason: an Online Collaborative Learning System oleh pelajar PhD dalam bidang Teknologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, Ana Haziqah A Rashid yang dibimbing oleh Dr Nurbiha A. Shukor.
 
Selain daripada itu, satu lagi produk UTM yang memenangi pingat emas adalah Projek Student to Student Edutainment yang merupakan salah satu daripada projek dalam Model New Academia Learning Innovation UTM. Pelajar Sarjana Teknologi Pendidikan Nashasha Nabila binti Sulaiman dengan bimbingan daripada En Abdul Razak Idris (Fakulti Pendidikan) dan Dr Norah Md Noor (Pengurus IT UTMLead) telah menjalankan kajian bagi mengenalpasti Kesan Pertandingan Video Edutainment terhadap kemahiran Insaniah pelajar UTM
 
 
Semoga kejayaan ini dapat menggalakkan lebih ramai pensyarah dan pelajar menjalankan kajian dan innovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. 
Dr. Nurbiha A. Shukor

Pengurus OER, CTL, UTMLead, UTM