Pada 7 Februari 2017 yang lalu, kelab keluarga UTMLead telah melaksanakan satu program riadah yang dinamakan sebagai “Jelajah Hutan UTM 2017”.
Seramai 17 orang staf telah terlibat dalam aktiviti ini bermula pada 9.30pagi – 11.00 pagi. Aktiviti berjalan kaki dimulakan daripada tempat letak kereta di Tasik Ilmu ke rumah Naib Canselor dan berakhir di padang kawad UTM. Sepanjang aktiviti dijalankan, staf yang terlibat dapat melihat keindahan alam flora dan fauna disamping membantu menyihatkan badan.