Anugerah Pengajaran
KRITERIA PENCALONAN DAN PANDUAN ANUGERAH PENGAJARAN 2024
Maklumat Berkaitan: |
|
1.0 PENGENALAN
-
- Anugerah Pengajaran (dahulunya dikenali Anugerah Pengajar Terbaik) bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf staf akademik yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengajaran di UTM. Anugerah ini diberikan kepada staf akademik yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran pada setiap tahun berdasarkan ketegori berikut :
- Kategori Kejuruteraan
- Kategori Sains dan Teknologi
- Kategori Sains Sosial
- Anugerah Pengajaran (dahulunya dikenali Anugerah Pengajar Terbaik) bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf staf akademik yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengajaran di UTM. Anugerah ini diberikan kepada staf akademik yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran pada setiap tahun berdasarkan ketegori berikut :
2.0 TUJUAN ANUGERAH
-
- Menggalakkan dan memupuk inovasi dalam pengajaran di UTM.
- Meningkatkan suasana pembelajaran bagi pelajar melalui pembangunan amalan pengajaran berkualiti.
- Meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan melalui aktiviti berkumpulan, pembelajaran aktif dan hubungan pelajar-pensyarah yang positif.
3.0 HADIAH
-
- Penerima anugerah setiap kategori akan menerima wang tunai berjumlah RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja) berserta trofi dan sijil.
4.0 KRITERIA PENCALONAN
-
- Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah dan Guru yang berkhidmat secara tetap di UTM pada tahun penilaian DAN
- Mencapai skor Penilaian Pengalaman Pembelajaran (e-PPPK) 0.90 hingga 1.00 (S3) untuk TIGA (3) semester terakhir DAN
- Mencapai kategori Outstanding (markah 90-100) bagi kualiti pengajaran eLPPT (Fail Kursus) untuk TIGA (3) semester terakhir adalah layak dicalonkan DAN
- Pengalaman mengajar di UTM hendaklah sekurang-kurangnya 8 tahun sehingga tahun penilaian tidak termasuk tahun Cuti Belajar, Latihan Pasca Kedoktoran, Program Sangkutan, Latihan Industri dan Cuti Sabatikal DAN
- Penerima Anugerah Pengajaran UTM tidak boleh dicalonkan semula dalam jangka masa lima (5) tahun. (cth: Jika telah menerima Anugerah Pengajaran pada tahun 2020, calon hanya layak memohon semula pada tahun 2026) DAN
- Penerima Anugerah Akademik Negara (Kategori Anugerah Pengajaran) adalah tidak boleh memohon DAN
- Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh perkhidmatan di UTM
- Setiap pencalonan mesti menggunakan borang yang disediakan dan mengandungi alasan-alasan yang menyokong calon daripada sekurang-kurangnya seorang penyokong.
a. Pencalonan boleh diterima daripada mana-mana pihak di bawah:
i. Pelajar tahun / semester akhir
ii. Jabatan / fakulti
iii. Staf akademik
iv. Staf Pengurusan Profesional & Pelaksana
v. Diri sendiri (dengan sokongan fakulti)
b. Pencalonan diri sendiri hendaklah melalui sokongan fakulti.
c. Tarikh tutup pencalonan akan ditetapkan oleh UTM CDex.
5.0 KRITERIA PENILAIAN
-
- Anugerah ini diberikan berasaskan kriteria yang menunjukkan penglibatan lestari dalam kualiti pengajaran seperti di bawah. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti kecemerlangan dalam kesemua kriteria di bawah.
Penilaian bagi Anugerah Pengajaran adalah berdasarkan enam (6) kriteria berikut:
- Anugerah ini diberikan berasaskan kriteria yang menunjukkan penglibatan lestari dalam kualiti pengajaran seperti di bawah. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti kecemerlangan dalam kesemua kriteria di bawah.
1. Falsafah pengajaran dan pembelajaran.
2. Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran, penyeliaan dan pentaksiran.
3. Kreativiti** dan inovasi** serta impaknya terhadap pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.
4. Penilaian dan testimonial pengajaran dan penyeliaan.
5. Penambahbaikan pengajaran, penyeliaan dan pentaksiran serta pembangunan profesional.
6. Kesarjanaan dalam pengajaran, penyeliaan dan pentaksiran.
**Kreativiti ialah penjanaan idea atau teknik atau strategi baharu dalam pembelajaran dan pengajaran serta pentaksiran. Kreativiti diukur berdasarkan kebaharuan idea dan penggunaan unsur-unsur terbaharu (seperti teknologi / ICT / strategi pembelajaran terkini) dalam pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran.
**Inovasi ialah usaha menambah nilai pembelajaran dan pengajaran serta pentaksiran bagi kursus-kursus yang diajar. Kejayaan inovasi diukur berdasarkan impaknya terhadap meningkatkan motivasi dan kualiti pembelajaran pelajar.
6.0 KAEDAH PENILAIAN
Penilaian akan dijalankan dalam tiga (3) peringkat. Peringkat 1 melibatkan penilaian portfolio pengajaran. Permohonan yang melepasi titik ambang akan dimajukan ke Peringkat 2 iaitu Sesi Pemerhatian Pengajaran. Permohonan yang melepasi titik ambang akan dimajukan ke Peringkat 3 iaitu Temu Duga.
Peringkat 1: Penilaian Portfolio Pengajaran
Portfolio WAJIB mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Falsafah pembelajaran dan pengajaran.
1.1 Penyataan falsafah yang jelas dengan kepercayaan dan nilai.
1.2 Penyataan teori / model yang mendasari falsafah pengajaran dan pembelajaran.
2. Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran penyeliaan dan pentaksiran.
2.1. Perincikan dan jelaskan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:
i. Pengajaran
ii. Penyeliaan
iii. Pentaksiran
2.2 Sertakan bahan bukti / maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:
i. Senarai kursus
ii. Rangka kursus dan bilangan pelajar
iii. Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD
3. Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.
3.1 Penyataan kreativiti dan inovasi yang sejajar dan menyokong:
i. Falsafah pengajaran, penyeliaan dan pentaksiran
ii. Kaedah pengajaran, penyeliaan dan pentaksiran
3.2 Terangkan kreativiti dalam inovasi yang dilaksanakan merangkumi ciri Asli, Signifikan dan Relevan.
4. Penilaian dan testimonial pengajaran dan penyeliaan.
4.1 Sertakan bukti hasil penilaian pengajaran dan penyeliaan oleh pelajar
4.2 Sertakan testimonial pengajaran dan penyeliaan berkesan daripada pelbagai sumber merangkumi:
i. Pelajar / Alumni
ii. Rakan sejawat
iii. Jabatan / Fakulti
iv. Universiti
v. Komuniti / Industri
vi. Lain-lain
5. Penambahbaikan pengajaran, penyeliaan dan pentaksiran serta pembangunan profesional.
5.1 Penambahbaikan kaedah pengajaran, penyeliaan dan pentaksiaran melalui amalan reflektif yang merangkumi:
i. Dokumentasi refleksi
ii. Analisis / sintesis untuk penambahbaikan
iii. Tindakan dan perkongsian
5.2 Pembangunan profesional dalam pengajaran, penyeliaan dan pentaksiran.
6. Kesarjanaan dalam pengajaran, penyeliaan dan pentaksiran.
6.1 Perkongsian ilmu dan amalan pengajaran, penyeliaan dan pentaksiran di pelbagai peringkat (universiti/ kebangsaan/ antarabangsa) melalui mana-mana yang berikut:
i. Media sosial (termasuk YouTube, Blog, Facebook dll)
ii. Bengkel / seminar/ webinar
iii. Komuniti pembelajaran contoh Special Interest Group
iv. Modul pembelajaran / buku teks
v. Penerbitan berwasit
vi. Penerbitan digital (contoh e-buku, e-jurnal, bahan pembelajaran terbuka (OER))
vii. Kursus dalam talian (contoh MOOCs, Micro-credential)
viii. Bahan-bahan lain yang berkaitan
6.2 Pengiktirafan (anugerah/ jemputan ucap utama/ seminar/ penceramah jemputan/ jurulatih utama/ mentor) yang diperolehi.
6.3 Kepimpinan (pengerusi/ jawatankuasa) dalam komuniti akademik (fakulti/ universiti/ persatuan akademik kebangsaan/ antarabangsa) yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
NOTA : Kandungan portfolio hendaklah disusun mengikut urutan di atas. Portfolio calon yang memenuhi kriteria Peringkat 1 dan mencapai titik ambang (70%) akan maju ke Peringkat 2.
Peringkat 2: Sesi Pemerhatian Pengajaran
Sesi Pemerhatian Pengajaran akan dijalankan bagi pemohon yang telah disenarai pendek di Peringkat 1.
Sesi Pemerhatian Pengajaran memerlukan calon melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan topik pilihan calon dalam masa 1 jam. Calon mesti berupaya menonjolkan keterampilan diri dan kebolehan berikut:
i. Keberkesanan komunikasi
ii. Kejelasan penyampaian kandungan
iii. Keupayaan meyakini dan memotivasikan ‘pelajar’
iv. Keupayaan melibatkan ‘pelajar’ secara aktif dan berkesan
v. Keupayaan menilai pemahaman ‘pelajar’
NOTA : Calon yang memenuhi kriteria Peringkat 2 dan mencapai titik ambang (80%) akan mara ke Peringkat 3.
Peringkat 3: Temu Duga
Temu duga akan merangkumi perkara berikut:
i. Falsafah pembelajaran dan pengajaran
ii. Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran, penyeliaan, penilaian dan pentaksiran.
iii. Kreativiti dan inovasi serta impaknya dalam pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.
iv. Kesarjanaan dalam pengajaran, penyeliaan dan pentaksiran.
v. Refleksi kendiri terhadap sesi pemerhatian pengajaran dan penambahbaikan pengajaran, penyeliaan dan pentaksiran.
Keputusan penilaian
Hanya pemohon yang mencapai titik ambang (80%) dan markah tertinggi di Peringkat 3 bagi setiap kategori akan diperakukan untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Pengajaran.
7.0 PERMARKAHAN
7.1 Jadual di bawah menunjukkan permarkahan Penilaian Portfolio Pengajaran :
Markah titik ambang adalah 70%
7.2 Jadual di bawah menunjukkan permarkahan pemerhatian Sesi Pemerhatian Pengajaran (Teaching Observation):
Markah titik ambang adalah 80%
7.3 Jadual di bawah menunjukkan permarkahan pemerhatian Sesi Temu Duga:
Markah titik ambang adalah 80%
8.0 JADUAL PELAKSANAAN
Jadual kerja pelaksanaan penilaian anugerah adalah seperti berikut:
9.0 SENARAI JAWATANKUASA ANUGERAH
-
- Penerima anugerah akan ditentukan oleh Panel Pemilih. Penerima anugerah akan menerima penghargaan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM Citra Karisma.
- Keahlian Panel Pemilih ini ialah :-
i | Panel Pemilih Khas | – | Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) |
ii | Pengerusi | – | Prof. Madya Dr. Nurbiha binti A Shukor |
iii | Panel Pemilih | – – – – – – |
Prof. Ts. Dr. Zaidatun binti Tasir Prof. Dr. Ahmad Baharuddin bin Abd Rahman Prof. Madya Ir. Dr. Zaki Yamani bin Zakaria Prof. Madya Dr. Adibah binti Abdul Latif Dr. Norliza binti Mohd Isa Dr. Nurzal Effiyana binti Ghazali |
iv | Setiausaha | – | Puan Nurul Nazihah binti Ismail |
v | Urus Setia | – | Puan Balqis binti Hashim |