AUDIT SILANG EKSA OLEH UTM iLeaGue- 14 Disember 2022

Artikel oleh Mariyana Zainal
Ketua Zon Oren

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid
Pengerusi EKSA Zon Oren

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Webmaster
Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Audit Silang EKSA antara bahagian. Bahagian yang terlibat adalah Pejabat Timbalan Naib Canselor (A&A), Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue) dan juga Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex).
UTM iLeaGue telah dipertanggungjawab untuk mengaudit Zon Oren UTM CDex pada 14 Disember 2022 (Rabu). Encik Badrul Hisham bin Md Shaimi dan Encik Muhammad Marzuqi bin Zainal Abidin telah dilantik sebagai Juruaudit bagi menilai dan mengenalpasti tahap dan pematuhan EKSA di Zon Oren.
Sebelum audit dijalankan, satu pembentangan ringkas berkaitan aktiviti EKSA di Zon Oren telah disampaikan oleh Pn. Nuril Aini binti Ahmad Tohid, Pengerusi EKSA. Turut hadir sama adalah Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah, Pengarah UTM CDex dan juga semua Ahli Jawatankuasa EKSA Zon Oren.
Rumusan yang diperolehi daripada audit yang dilakukan adalah seperti berikut:
|
AMALAN TERBAIK |
PENEMUAN |
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN |
|---|---|---|
|
1.Menyediakan e-Waste Recycling Corner dan berinovasi. 2.Penyusunan peralatan, sistem fail dan alat tulis yang baik dan kemas. |
1.Pejabat dalam keadaan baik dan kemas, susunan yang seragam dan kondusif. 2.Menepati komponen utama EKSA, OSHE dan Pelestarian. 3.Suasana tempat kerja yang harmoni. |
Perlu dikemaskan sedikit sahaja untuk kekemasan wayar komputer bagi staf yang duduk sementara di bilik mesyuarat dan bilik-bilik lain supaya ianya nampak lebih kemas dan selamat. |
Related Articles
Kursus 3D Modelling (14-15 Feb 2023)
PenceramahWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 14-15 Februari 2023 (Selasa - Rabu), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Bengkel Pemodelan 3 Dimensi (Blender). Perkongsian ilmu ini telah dijalankan secara fizikal di bilik...
Program Bacaan Yassin & Doa Selamat – 9 Jan 2023
UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 9 Januari 2023, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Abang kepada Prof. Madya Ir Dr....
KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterKelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menganjurkan satu aktiviti 10 Pin ‘KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022’ pada 16 Disember 2022 bertempat di Bowling Centre Le-Grandeur Johor Bahru. Staf yang terlibat mula...



