Pada 19 Mac 2023 (Ahad), Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan aktiviti gotong royong EKSA Zon Oren bagi Pejabat UTM CDex.
Gotong royong dalaman dijalankan di Pejabat Pentadbiran sahaja kerana Pejabat Multimedia masih dalam proses pengubahsuaian pejabat. Oleh itu, staf di ruang pejabat multimedia ditempatkan sementara di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Penempatan sementara tersebut juga dipastikan selari dengan kriteria ruang kerja EKSA UTM CDex.
Aktiviti gotong royong adalah merangkumi ruang kerja staf, kaunter, ruang menunggu, bilik mesyuarat, bilik stor alat tulis, surau dan pantri.
Semua staf UTM CDex telah memberikan kerjasama dalam menjalankan aktiviti gotong royong tersebut bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif.
Related Articles
MAJLIS AMANAT BENDAHARI 2025: PENERIMA ANUGERAH AMALAN KEWANGAN TERBAIK
Pembantu Tadbir (P/O)Penolong PendaftarWebmasterMajlis Amanat Bendahari 2025 (MAB 2025) yang telah berlangsung pada 28 Februari 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Senat Ainuddin Wahid, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Pusat...
Inisiatif Kewangan Kelab KAPPELA: Mini Mart KAPPELA
Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAKelab KAPPELA telah mengambil usaha dalam menjana kewangan bagi kelab melalui penubuhan Mini Mart KAPPELA. Inisiatif ini, yang diketuai oleh Timbalan...
Terima Kasih Encik Arshad Musa
Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAPada 24 November 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM CDEX bagi menghargai sumbangan dan dedikasi Encik Arshad Musa,...






