Inisiatif Kewangan Kelab KAPPELA: Mini Mart KAPPELA

Artikel oleh En. Nizam Ahmad

Jawatankuasa Program

Bendahari KAPELLA

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah Rasid

Pegawai Tadbir (Pereka)

Juru Audit KAPELLA

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster UTM CDex

Pengerusi KAPELLA

Kelab KAPPELA telah mengambil usaha  dalam menjana kewangan bagi kelab melalui penubuhan Mini Mart KAPPELA. Inisiatif ini, yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi KAPPELA dan Ahli Jawatankuasa Penjanaan dan Promosi, bermula dengan modal permulaan yang kecil iaitu RM 100.

Namun, usaha gigih dan kreativiti dalam merancang dan menguruskan jualan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Mini Mart KAPPELA kini menawarkan lebih daripada 10 jenis makanan ringan serta pelbagai pilihan minuman dalam kotak dan tin. 

 

Keberhasilan mini mart ini tidak terlepas daripada sokongan padu yang diberikan oleh staf UTM CDex. Pembelian yang konsisten dan sokongan mereka telah membantu meningkatkan hasil jualan serta memastikan kesinambungan operasi kelab. Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kewangan kepada KAPPELA,tetapi juga membantu dalam penganjuran aktiviti-aktiviti lain KAPPELA. Terimakasih untuk setiap sokongan dan pembelian. 

Related Articles

Related
Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023

Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023

Bendahari KAPELLATimbalan Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexMajlis Iftar Ramadhan UTM CDex anjuran Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA)  telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) di DCM Hall Taman Universiti, Skudai, Johor. Staf bersama ahli...

read more
Holo Raya

Holo Raya

Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBuat julung kalinya Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerbitkan sebuah video khas sempena menyambut perayaan Aidilfitri 2023. Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang membuat...

read more