Kuiz EKSA 2024

Artikel oleh Nizam Ahmad

JK EKSA (Zon Oren)

Disunting oleh Encik Mohd Harith Fadzillah Rasid

Pengerusi Zon Oren

Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Pada 6 Mac 2024, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) di bawah Jawatankuasa Latihan telah menganjurkan Kuiz EKSA selaras dengan Kempen Kesedaran Amalan EKSA yang telah dilancarkan pada 20 Jun 2022.

Penganjuran inisiatif Kempen Kesedaran Amalan EKSA kali ini adalah bertujuan memberi pengetahuan asas kepada staf UTM CDex berkenaan EKSA melalui pendekatan secara permainan kuiz.

Menarikanya pada kali ini, EKSA UTM CDex  telah diberi peluang mengadakan sesi kuiz ini semasa penganjuran Majlis UTM CDex Grand Magnificent Awards 2024 yang diadakan di Granada Hotel, Johor Bahru. Kuiz ini dikendalikan oleh Encik Mohamad Nizam bin Ahmad dan Puan Mariyana binti Zainal dimana setiap pemenang menerima pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan.

Sebanyak tiga soalan disediakan bagi menguji pengetahuan staf berkenaan EKSA Zon Oren. Pemilihan pemenang adalah ditentukan dengan cara staf dikehendaki ke hadapan dan menjawab soalan dengan tepat apabila pengacara majlis memberikan soalan. Tiga orang pemenang bertuah telah memenangi kuiz ini iaitu Puan Noraini binti Khalid, Puan Nurliza bin Abd. Rahman dan Cik Azirah binti Ahsan. Tahniah diucapkan. 

 

Related Articles

Related
AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexUTM CDex telah mengadakan Pertandingan Zon Terbaik EKSA 2024 peringkat UTM CDex pada 15 Disember 2024. Seramai tiga orang juruaudit luar telah...

read more
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

read more