Kursus Amanah Data dalam Kecerdasan Buatan Generatif: Mengukuhkan Integriti dan Kecekapan Akademik

Artikel oleh Raja Muhammad Fariz

Ketua Urusetia Program

Disunting oleh Nur Aidatul Faezah binti Abdul Rahim

Penolong Pegawai Tadbir UTM CDex

Pada 2 November 2026, seramai 59 orang termasuk staf akademik, pentadbiran, dan sokongan di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah menyertai kursus bertajuk “Amanah Data dalam Kecerdasan Buatan Generatif: Daripada Prinsip kepada Amalan”,  anjuran UTMCDex. Kursus ini berlangsung secara atas talian menerusi platform Google Meet bermula seawal jam 8.30 pagi. Majlis dibuka dengan bacaan Ummul Kitab serta kata-kata aluan oleh moderator, Encik Mohd Rizal bin Mahadi, kursus tersebut turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Intan Zaurah binti Mat Darus.

Kursus yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Shahrizan Othman ini memberi tumpuan kepada pemahaman asas kecerdasan buatan (AI), kod etika, pengurusan risiko, serta amalan amanah data dalam persekitaran tadbir urus universiti. Dr. Mohd Shahrizan menekankan evolusi AI daripada model reaktif kepada agentic AI yang kini mampu bertindak sebagai pembantu pintar. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa teknologi wajar dimanfaatkan untuk membantu kelancaran tugas harian tanpa mengorbankan integriti dan akauntabiliti manusia.

Dalam sesi amali, para peserta didedahkan kepada penggunaan alatan AI dalam ekosistem universiti, terutamanya Google Gemini dan NotebookLM. Peserta dibimbing membina prom yang berkesan, memproses dokumen dasar akademik, mengurus data pendaftaran pelajar, serta menghasilkan bahan sokongan seperti minit mesyuarat automatik daripada fail audio, peta minda, dan slaid pembentangan. Selain itu, teknik pemprosesan data analitik menggunakan data populasi bagi membina carta unjuran dan papan pemuka (dashboard) interaktif turut dipraktikkan.

Perkara paling utama yang ditekankan sepanjang bengkel ialah aspek keselamatan dan kerahsiaan maklumat. Penceramah mengingatkan warga kerja agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik data peribadi atau dokumen terperingkat seperti soalan peperiksaan ke dalam sistem AI. Warga staf turut diseru agar sentiasa menyemak ketepatan fakta bagi mengelakkan ralat halusinasi atau maklumat berat sebelah. Bengkel berakhir pada jam 12.45 tengah hari dengan harapan agar peserta dapat memanfaatkan teknologi AI secara beretika, bertanggungjawab, dan berdaya maju.

Kursus selama 4 jam 30 minit ini diakhiri dengan sesi penutup oleh moderator yang merakamkan penghargaan kepada penceramah atas perkongsian ilmu yang padat dan berinformatif serta sangat bermanfaat kepada warga JTNCAA.

Galeri

Tekan pada imej diatas untuk terus ke pautan website khas yang disediakan oleh Penceramah sebagai rujukan dan latihan kendiri.

Related Articles

Related
Ruang Kerja Staf Terbaik EKSA UTM CDex

Ruang Kerja Staf Terbaik EKSA UTM CDex

Ketua Zon OrenPengerusi Zon OrenWebmasterPengiktirafan Bulanan Untuk Ruang Kerja Paling Kondusif. Sebagai usaha berterusan dalam menyemarakkan budaya kerja yang bersih, sistematik dan profesional, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, UTM CDex...

read more
CENDERAHATI ISTIMEWA DARIPADA JAWATANKUASA EKSA UTM CDex

CENDERAHATI ISTIMEWA DARIPADA JAWATANKUASA EKSA UTM CDex

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 18 Mac 2025, satu kejutan istimewa telah menanti seluruh warga kerja UTM CDex apabila setiap staf menerima tuala tangan...

read more
MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA UTM CDex BIL. 1/2025

MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA UTM CDex BIL. 1/2025

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterLangkah Proaktif Memperkukuh Budaya Kerja Kondusif Mesyuarat pertama bagi tahun 2025, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor...

read more
UTM Open Day