Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini dalam usaha untuk membangunkan Teaching Factory UTM. Lawatan Penanda Aras ke Teaching Factory UTeM pada 17 April 2025 merupakan salah satu Langkah awal bagi memberi pendedahan dalam perkongsian ilmu dan inovasi berkaitan Teaching Factory.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mempelajari model pengurusan dan operasi Teaching Factory di UTeM yang turut melibatkan aspek pedagogi. Selain itu, UTM juga berhasrat untuk mengenal pasti amalan terbaik yang boleh diaplikasikan terhadap Teaching Factory di UTM.
Delegasi dari UTM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nurbiha binti A Shukor selaku Pengarah Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah disambut baik oleh Pengarah Urusan Teaching Factory UTeM iaitu Ts. Dr. Hambali bin Boejang serta barisan pengurusan kanan Teaching Factory UTeM.

Barisan delegasi UTM juga terdiri daripada beberapa wakil fakulti iaitu Prof. Ir. Ts. Dr. Zaini bin Ahmad, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir, Dekan Fakulti Komputeran, Prof. Dr. Ahmad bin Jusoh, Dekan Fakulti Pengurusan, Prof. Madya Dr. Mohd Farid bin Muhamad Said, Ts. Dr. Saiful Anuar bin Abu Bakar, Dr. lzhari lzmi bin Mazali, Prof. Madya Ts. Dr. Shahrin bin Md Ayob, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Junaidi bin Abdul Aziz, Dr. Nur Faizal bin Kasri, Prof. Ts. Dr. Dayang Norhayati binti Awang Jawawi, Ts. Dr. Johanna binti Ahmad, Dr. Noor Hidayah binti Zakaria, Dr. Siti Zaleha binti Omain dan Puan Nurul Nazihah binti Ismail.

Pengarah Urusan Teaching Factory UTeM, Ts. Dr. Hambali bin Boejang telah memberikan penerangan mengenai peralatan yang dibangunkan dan digunakan oleh Teaching Factory UTeM kepada rombongan UTM.

Semoga sesi Lawatan Penanda Aras ke Teaching Factory UTeM ini dapat memberikan inspirasi dan panduan yang bermanfaat dalam melancarkan usaha UTM merealisasikan pembangunan Teaching Factory UTM.
Related Articles
BUBUR LAMBUK KAPPELLA 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterPada 24 April 2022 bersamaan 22 Ramadan 1433H, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah membuat sumbangan sebanyak RM700.00 kepada pihak Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM untuk edaran bubur lambuk UTM 2022. Aktiviti...
Program Bacaan Yassin dan Tahlil
UTM CDexWebmasterPada 12 April 2022, Pusat Pemajuan Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Ayahanda kedua-dua staf UTM CDex Puan Nurul Nazihah binti Ismail...
Majlis Hi-Tea Perpisahan UTMLead 2014-2021
Jawatankuasa Kelab Keluarga Pengajaran & Pembelajaran (KAPELLA) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) Jurugambar Rasmi Webmaster 19 Mac 2022 (Sabtu), Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) UTM CDex telah menganjurkan satu majlis...