UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kepimpinan Akademik (UTMLead) pada 25 Julai 2017 – 2.30 ptg.
Lawatan ini diketuai oleh Prof Ir. Dr. Khairul Salleh bin Mohamed Sahari- Penolong Naib Canselor (Akademik) dan beliau datang bersama-sama 8 orang pegawai dari UNITEN yang terdiri dari pelbagai jabatan iaitu Kolej Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Pusat Pengajaran & Pembelajaran, Kolej Pengajian Asas dan Diploma, Kolej Pengajian Siswazah, Pusat Innovasi & Pengurusan Penyelidikan dan Bahagian Sumber Manusia.
Kedatangan pihak UNITEN disambut oleh Pengarah Kanan UTMLead, Prof Dato’ Ahmad Nazri bin Muhamad Ludin, Pengarah CALP, Timbalan Pengarah CALPD, Timbalan Pengarah CTL, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar UTMLead.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui pengurusaan pembangunan staf akademik, kursus-kursus mandatori, pembangunan modul program pembangunan staf akademik dan kiraan mata CPD.
UTMLead berharap kerjasama yang lebih erat akan terjalin diantara 2 univesiti ini dan berkongsian pengalaman ini dapat membantu UNITEN atas pengurusan pembangunan staf akademik mereka.