Majlis Amanat Bendahari 2025 (MAB 2025) yang telah berlangsung pada 28 Februari 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Senat Ainuddin Wahid, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah dipilih sebagai penerima Anugerah Amalan Kewangan Terbaik bagi Kategori Panjar Wang Runcit dan Penerimaan, bersempena dengan Program Pemeriksaan Mengejut bagi Tahun 2024.
Penganugerahan ini mencerminkan tahap pematuhan yang tinggi terhadap peraturan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa, selain keberkesanan pelaksanaan kawalan dalaman serta kecekapan dalam pengurusan rekod dan transaksi kewangan.
Pengiktirafan ini diharap dapat memperkukuh lagi komitmen UTM CDex dalam mengekalkan amalan tadbir urus kewangan yang berintegriti, telus dan berakauntabiliti, serta menyokong usaha berterusan universiti ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan secara menyeluruh.
Related Articles
Inisiatif Kewangan Kelab KAPPELA: Mini Mart KAPPELA
Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAKelab KAPPELA telah mengambil usaha dalam menjana kewangan bagi kelab melalui penubuhan Mini Mart KAPPELA. Inisiatif ini, yang diketuai oleh Timbalan...
Terima Kasih Encik Arshad Musa
Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAPada 24 November 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM CDEX bagi menghargai sumbangan dan dedikasi Encik Arshad Musa,...
Terima Kasih Prof Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah, dan Cik Hazwani Mohd Zahar
Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAPada 29 September 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM Cdex bagi menghargai jasa dan sumbangan dua staf yang amat...






