Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023

Artikel oleh Nurliza Abd Rahman

Bendahari KAPELLA

Azirah Ahsan

Timbalan Bendahari KAPELLA

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Majlis Iftar Ramadhan UTM CDex anjuran Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA)  telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) di DCM Hall Taman Universiti, Skudai, Johor. Staf bersama ahli keluarga mula hadir berkumpul dari jam 6.00 petang sehingga majlis berakhir sekitar jam 9.00 malam.

Kelab KAPELLA berbesar hati menaja seramai 19 orang staf dan dan 21 ahli keluarga yang hadir memeriahkan Majlis Iftar Ramadhan UTM CDex. Ia merupakan sebahagian aktiviti sebagai landasan untuk saling kenal-mengenal dan mengeratkan silaturrahim di kalangan staf dan ahli keluarga UTM CDex.

Para tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai menu masakan Melayu seperti Nasi Beryani, Ikan Bakar, Nasi Lemak, Laksa Johor, Soto, Murtabak, ulam-ulaman, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih-muih.

Prof Madya Ir. Dr. Hayati bin Abdullah, Pengarah UTM CDex  turut beramah mesra bersama semua staf dan ahli keluarga yang turut hadir bagi Majlis tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan telatah pengacara yang menghiburkan dan mesra terutamanya, ketika sesi bergambar sebagai penutup aktiviti Majlis Iftar Ramadhan UTM CDex 2023.

Related Articles

Related
Office Warming UTM CDex

Office Warming UTM CDex

Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 28 Disember 2023 telah dianjurkan sebuah program istimewa iaitu Office Warming UTM CDex. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan ahli...

read more
KURSUS 1 JAM 1 POSTER

KURSUS 1 JAM 1 POSTER

Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...

read more