Selepas itu sesi penyerahan hadiah oleh Pn. Nurul Nazihah Ismail mewakili warga UTM CDex dan diikuti oleh Pengerusi Kelab KAPELLA, Priscilla Prapagara. Turut dijalankan adalah aktivit penyerahan hadiah individu oleh beberapa staf CDex kepada Pengarah. Majlis di teruskan dengan jamuan makan.
Pada jam 5.00 petang, majlis diakhiri dengan sesi Clock-Out oleh Pengarah CDex bertempat di ruang lobi pejabat CDex. Warga CDex turut berkumpul dengan Pengarah untuk kali terakhir bagi acara sesi clock-out dan sesi bergambar.
Pada 20 Ogos 2023, Kelab KAPELLA telah menganjurkan satu majlis Penyerahan Tugas dan Sesi Clock-Out Prof. Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah yang telah tamat tempoh sebagai Pengarah Pusat Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) 2023. Majlis ini telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan pertunjukan montaj. Prof. Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah dijemput untuk memberi ucapan beliau sebagai Pengarah CDEx sempena penamatan tempohnya di UTM CDex. Acara sesi serah tugas telah dijalankan oleh Pengarah kepada Prof. Madya Dr. Nurbiha A. Shukor selaku yang akan menjalankan tugas Pengarah UTM CDex bermula 21 Ogos 2023.
Related Articles
Program The Biggest Loser: Oh My KG!
Pembantu Tadbir KUPPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex UTM CDex dengan jayanya telah melaksanakan program The Biggest Loser: Oh My KG! yang bertujuan memupuk gaya hidup aktif dan meningkatkan kesedaran staf tentang pentingnya menjaga kesihatan. Di samping itu,...
Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex
Pembantu Tadbir KUPPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex telah berjaya diadakan pada 8 ogos 2024 (Khamis) bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru. Kursus ini dimulakan dengan Ceramah pertama yang...
Lawatan Audit Taskforce Excellence Academic Services UTM
Pembantu Tadbir KananPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Jawatankuasa Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Lawatan Audit Taskforce Excellence Academic Services UTM pada 21, 24, dan 25 Mac 2024...