Penerima Anugerah Amalan Kewangan Terbaik Majlis Amanat Bendahari 2024 (MAB 2024)

Artikel oleh Puan Nurliza Abd Rahman

Setiausaha Pejabat

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Majlis Amanat Bendahari 2024 telah diadakan pada 29 Februari 2024 bertempat di Dewan Senat Ainuddin Wahid, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTMJB dan disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Mohd Salleh@Ahmad selaku Bendahari UTM. Majlis juga disiarkan secara langsung di Facebook Live Jabatan Bendahari UTM. 

Bersempena dengan majlis ini, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) dijemput hadir bagi menerima dua Anugerah Pengurusan Amalan Kewangan Terbaik bagi Tahun 2023.

Tahniah diucapkan kepada UTM CDex atas penerimaan Anugerah Amalan Kewangan Terbaik dalam Majlis Amanat Bendahari 2024 bagi dua kategori berikut:

  1. Amalan Kewangan Terbaik Kategori Pengurusan Penerimaan
  2. Amalan Kewangan Terbaik Kategori Pengurusan Perolehan (Pembelian Terus)

Anugerah tersebut adalah bukti pengiktirafan kepada kesungguhan dan kecekapan UTM CDex dalam memastikan amalan kewangan terbaik sentiasa dipraktikkan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh universiti.

 

    Related Articles

    Related
    Kursus 3D Modelling (14-15 Feb 2023)

    Kursus 3D Modelling (14-15 Feb 2023)

    PenceramahWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 14-15 Februari 2023 (Selasa - Rabu), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Bengkel Pemodelan 3 Dimensi (Blender). Perkongsian ilmu ini telah dijalankan secara fizikal di bilik...

    read more
    Program Bacaan Yassin & Doa Selamat  – 9 Jan 2023

    Program Bacaan Yassin & Doa Selamat – 9 Jan 2023

    UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 9 Januari 2023, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Abang kepada Prof. Madya Ir Dr....

    read more