Adalah dimaklumkan bahawa pihak KPT telah mengarahkan agar pelaksanaan My3S Fasa 2 diteruskan bagi tahun 2016 dan tahun-tahun selanjutnya. Tujuan utama pelaksanaan program My3S adalah untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar IPT dan seterusnya menjadi pelengkap kepada Pelaksanaan iCGPA.Sehubungan itu, sebagai pemakluman awal, sukacita dimaklumkan bahawa sistem soal selidik My3S Fasa 2 akan dibuka secara atas talian untuk diisi oleh para pelajar tahun 1 Sesi 2017/2018 bermula pada 1 Oktober 2017 sehingga 31 Oktober 2017.
(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S) : http://203.80.17.22/survey/
Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.