PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PUSAT PEMAJUAN PEMBELAJARAN DIGITAL DAN FLEKSIBEL (UTM CDex)

Artikel oleh Puan Mariyana Zainal

Urusetia Program

dan Puan Noraini binti Khalid

Urusetia Program

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Gambar oleh Isyq Irfan

Jurugambar Rasmi

Pada 14 Julai 2022 (Khamis) UTM CDex dibawah inisiatif KAI PPP telah mengadakan satu Program Saringan Kesihatan kepada semua Staf UTM Cdex dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti. Program ini telah diadakan pada jam 8:30 pagi – 01:00 Tengahari bertempat di Lobby / Ruang Legar, Blok F54, Bangunan Pusat Siswazah, UTM Johor Bahru.

Antara Jenis Rawatan yang disediakan:

  • Blood Pressure (BP)
  • Body Mass Index (BMI)
  • Fat Analyzer
  • Glucose

Tujuan utama program saringan kesihatan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti tahap kesihatan staf. Saringan kesihatan ini wajar dilaksanakan sebagai langkah awal untuk mengesan risiko penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya.

Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan staf Blok F54 iaitu Pusat Pengurusan Penyelidikan, Bahagian Rekrutmen & Kemasukan Mahasiswa, Sekolah Pengajian Siswazah, MyLine dan Bahagian Pengurusan Akademik. Seramai 62 orang staf telah turut serta dalam program ini.

Diharapkan program sebegini dapat memberi impak yang positif dan bermakna kepada staf.

LAPORAN SARINGAN KESIHATAN STAF OLEH PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

    Hasil dari saringan, didapati sebanyak 74% (42% obesity, 32% overweight) mempunyai BMI yang terlebih. Begitu juga dengan peratusan lemak dalam badan, sebanyak 63% staf didapati mempunyai lemak badan yang tinggi, 26% berada di paras pinggir, hanya 10% sahaja yang mempunyai peratusan lemak yang sihat.

    Selain itu, didapati 53% staf UTM CDex mempunyai tekanan darah tinggi, 21% berada di pinggir selamat dan 26% berada dilingkungan biasa. Dengan kiraan formula (factor BMI, lemak, tekanan darah), didapati usia sebenar staf UTM CDex adalah lebih tua dari umur sepatutnya. 

    Oleh yang demikian, disarankan pihak Pengurusan UTM CDex memupuk aktiviti gaya hidup sihat dikalangan staf demi mencapai badan sihat otak cergas. Staf yang didapati mempunyai tekanan darah tinggi dinasihatkan ke fasiliti kesihatan yang berdekatan untuk rawatan selanjutnya.

    Related Articles

    Related
    BRISK WALK DAN PLOGGING SEMPENA MERDEKA

    BRISK WALK DAN PLOGGING SEMPENA MERDEKA

    AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexProgram Brisk Walk dan Plogging Sempena Merdeka telah diadakan pada 10 September 2024 bermula jam 8.00 pagi. Program ini dianjurkan oleh Kelab A.I. Squad dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor...

    read more
    Program The Biggest Loser: Oh My KG!

    Program The Biggest Loser: Oh My KG!

    Pembantu Tadbir KUPPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex UTM CDex dengan jayanya telah melaksanakan program The Biggest Loser: Oh My KG! yang bertujuan memupuk gaya hidup aktif dan meningkatkan kesedaran staf tentang pentingnya menjaga kesihatan. Di samping itu,...

    read more
    Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex

    Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex

    Pembantu Tadbir KUPPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex telah berjaya diadakan pada 8 ogos 2024 (Khamis) bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru. Kursus ini dimulakan dengan Ceramah pertama yang...

    read more