Pada 9 Januari 2023, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Abang kepada Prof. Madya Ir Dr. Hayati binti Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Januari 2023. Pihak UTM CDex mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Selain mengadakan bacaan yasin dan tahlil, telah diadakan juga Bacaan Doa Selamat untuk Encik Raja Muhammad Fariz bin Raja Rohaizat Shah yang akan mengerjakan umrah bermula pada 15 Januari 2023. Pihak UTM CDex mendoakan semoga beliau dipermudahakan urusan dan diberikan kesihatan yang terbaik ketika mengerjakan ibadah umrah.
Program ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Reduan bin Md Ariff. UTM CDex merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah turut serta dalam program ini.
Related Articles
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN UTM CDex 2023
Ketua Program / Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexUTM CDex dibawah inisiatif High Impact Result (HIR) staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) telah mengadakan Program Saringan Kesihatan untuk semua Staf UTM CDex dengan kerjasama Pusat...
MAJLIS TAUTAN UKHUWAH UTM CDex 2023
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 28 Mei 2023 (Ahad), sempena sambutan Majlis Hari Raya 2023, Kelab KAPELLA Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah di ruang pejabat utama UTM CDex....
SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JTNCAA
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &n Antarabangsa) (JTNCAA) telah berlangsung di Bangunan Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru....





