Program Bacaan Yassin & Doa Selamat – 9 Jan 2023

Artikel oleh Puan Jaslina Ja'apar

Urusetia

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Pada 9 Januari 2023, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Abang kepada Prof. Madya Ir Dr. Hayati binti Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Januari 2023. Pihak UTM CDex mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Selain mengadakan bacaan yasin dan tahlil, telah diadakan juga Bacaan Doa Selamat untuk Encik Raja Muhammad Fariz bin Raja Rohaizat Shah yang akan mengerjakan umrah bermula pada 15 Januari 2023. Pihak UTM CDex mendoakan semoga beliau dipermudahakan urusan dan diberikan kesihatan yang terbaik ketika mengerjakan ibadah umrah.

Program ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Reduan bin Md Ariff. UTM CDex merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah turut serta dalam program ini.

Related Articles

Related
PEMENANG AKRI 2022- UTM – JOHAN

PEMENANG AKRI 2022- UTM – JOHAN

UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexAnugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022 merupakan anugerah yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik...

read more
PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA ke-14 – UTM

PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA ke-14 – UTM

UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDex24 Mac 2022 (Khamis) – Pengerusi Penyelidikan Bersekutu (Bahan Keterhadapan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ts. Mohd. Hafiz Dzarfan bin Othman dinobatkan Anugerah Ahli Akademik Harapan dalam Majlis Anugerah...

read more
UTM Open Day