Program Pemeriksaan Mengejut Bil 1/2024

Artikel oleh Puan Nurliza Abd Rahman

Pembantu Tadbir, UTM CDex

Disunting oleh Pn. Nurul Nazihah Ismail

Penolong Pendaftar, UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Program Pemeriksaan Mengejut (PPM) Bil 1/2024 dari Jabatan Bendahari telah berjaya diadakan pada 12 Mei 2024 di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Program ini merupakan salah satu langkah penting dalam memastikan kepatuhan dan integriti dalam pengurusan kewangan di UTM.

Semasa PPM ini, dua juruaudit dari Jabatan Bendahari telah ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap proses kerja yang dilaksanakan bagi tahun 2024. Kehadiran mereka telah memberikan keyakinan kepada semua pihak mengenai ketelusan dan kepatuhan terhadap prosedur yang telah diamalkan.

Pemeriksaan yang telah dijalankan merangkumi skop berikut:

  1. Panjar Wang Runcit,
  2. Penerimaan (Resit & Pindahan)
  3. Perolehan

Dengan berakhirnya PPM Bil 1/2024, kami berharap standard pengurusan kewangan terus dipertingkatkan. Semoga PPM ini dapat memberi manfaat yang positif dan menjadi landasan untuk pengurusan kewangan yang lebih baik di masa akan datang.

.  

Related Articles

Related
SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JTNCAA

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JTNCAA

Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &n Antarabangsa) (JTNCAA) telah berlangsung di Bangunan Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru....

read more
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Auditor DalamanWakil PekerjaPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexPada  7 hingga 10 Mei 2023 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC,...

read more
Pertandingan Laci Terbaik Mei 2023

Pertandingan Laci Terbaik Mei 2023

Ketua Zon OrenPengerusi EKSA  Zon OrenWebmaster UTM CDexJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan Pertandingan Laci Terbaik 2023.  Pertandingan ini akan diadakan...

read more