Program Semarak Kemerdekaan UTMLead 2021

Artikel oleh Isyq Irfan

Urusetia Program

Gambar oleh Isyq Irfan

Jurugambar Rasmi

Diterbitkan oleh Raja Fareez

Urusetia, Webmaster

Sekitar bulan Ogos dan September 2021 telah diadakan Program Semarak Kemerdekaan UTMLead sempena sambutan Merdeka pada 31 Ogos 2021. Program ini telah dijalankan secara bersemuka dan di atas talian sepanjang bulan Ogos sehingga awal bulan September 2021 dengan pelbagai aktiviti kemerdekaan. 

Program Semarak Kemerdekaan UTMLead telah dimulakan dengan pemasangan bendera-bendera Jalur Gemilang di ruang kerja dan sekitar bangunan UTMLead bagi persiapan menyambut bulan Kemerdekaan.

Pada 29 Ogos 2021, telah diadakan perasmian Program Semarak Kemerdekaan UTMLead secara atas talian menerusi pautan Webex yang diselaraskan oleh Cik Nurliyana Mohamad Nor dan telah dirasmikan oleh Pengarah UTMLead Prof Madya Ir. Dr. Sharifah Hafizan Syed Ariffin. Agenda sepanjang perasmian program ialah, pemasangan video montaj program yang dihasilkan oleh En. Zul Azri. Kemudian disusuli dengan video ucapan merdeka staf UTMLead yang telah dhasilkan oleh En. Muhammad ‘Isyq ‘Irfan Fani. Program disambung dengan aktiviti deklamasi sajak oleh En. Jeffri Abdul Rahman dan diakhiri dengan pemasangan lagu patriotik. 

Aktiviti deklamasi sajak, pantun, dan perkongsian cerita sejarah negarawan diteruskan bermula 29 Ogos sehingga 9 September 2021, setiap hari selepas bacaan doa pagi UTMLead. Aktiviti-aktiviti ini telah disertai oleh staf-staf UTMLead sendiri yang terdiri daripada En. Jeffri, Cik Priscilla, En. Amri Fikri, En. Irfan, Cik Azirah, Puan Norliah, Ts. Dr. Azizul Azri dan Puan Nurliza secara bergilir. Selain itu, lagu-lagu patriotik juga dimainkan setiap pagi oleh En. Mohd Gaffar selepas aktiviti perkongsian dijalankan.

Pada 9 September 2021, program Semarak Merdeka telah ditutup dengan aktiviti kuiz merdeka yang dikendalikan oleh Encik Mohd Arshad melalui pautan Quizizz. Staf telah diuji dan bertanding dengan 30 soalan kuiz mengenai kemerdekaan. Keputusan akhir kuiz telah dimenangi oleh Encik Muhammad ‘Isyq ‘Irfan Fani dan Encik Mohamad Nizam Ahmad.

Selain daripada itu, telah diadakan juga undian bagi video ucapan merdeka staf paling win. Ts.Dr. Azizul Azri Mustaffa telah mendapat undian tertinggi dengan 15 undian secara keseluruhan.

Terima kasih diucapkan kepada semua staf UTMLead yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Semarak Kemerdekaan UTMLead. Semoga program ini sedikit sebanyak memupuk semangat patriotik di dalam diri kita.

Malaysia Prihatin.

Related Articles

Related

BRISK WALK DAN PLOGGING SEMPENA MERDEKA

BRISK WALK DAN PLOGGING SEMPENA MERDEKA

AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexProgram Brisk Walk dan Plogging Sempena Merdeka telah diadakan pada 10 September 2024 bermula jam 8.00 pagi. Program ini dianjurkan oleh Kelab A.I. Squad dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor...

Program The Biggest Loser: Oh My KG!

Program The Biggest Loser: Oh My KG!

Pembantu Tadbir KUPPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex UTM CDex dengan jayanya telah melaksanakan program The Biggest Loser: Oh My KG! yang bertujuan memupuk gaya hidup aktif dan meningkatkan kesedaran staf tentang pentingnya menjaga kesihatan. Di samping itu,...

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex

Pembantu Tadbir KUPPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex telah berjaya diadakan pada 8 ogos 2024 (Khamis) bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru. Kursus ini dimulakan dengan Ceramah pertama yang...

Lawatan Audit Taskforce Excellence Academic Services UTM

Lawatan Audit Taskforce Excellence Academic Services UTM

Pembantu Tadbir KananPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Jawatankuasa Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Lawatan Audit Taskforce Excellence Academic Services UTM pada 21, 24, dan 25 Mac 2024...

UTM CDex Juara Dua Tahun Berturut-turut Reruai Terbaik!

UTM CDex Juara Dua Tahun Berturut-turut Reruai Terbaik!

Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexLazimnya setiap tahun Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antrabangsa (JTNCAA) akan mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri. Pada 6 Mei 2024, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri...