Kursus Asas E-Pembelajaran@UTM : Mengurus Kursus dan Pelajar Secara Berkesan

TAJUK & KOD KURSUS Kursus Asas E-Pembelajaran@UTM : Mengurus Kursus dan Pelajar Secara Berkesan
KATEGORI Kursus Pembangunan Profesional
SINOPSIS
Pembelajaran menerusi penggunaan sistem e-Pembelajaran yang berkesan akan diperoleh apabila sesuatu kursus di dalamnya berjaya diuruskan juga dengan berkesan. Selain itu, pengurusan pelajar dari pelbagai aspek seperti pengurusan aktiviti, pengurusan rekod dan sebagainya juga memberi kesan kepada kelancaran sesuatu proses pembelajaran dalam persekitaran e-Pembelajaran. Kursus ini akan membincangkan beberapa teknik dan panduan yang membolehkan seorang pengajar mengurus kursus dan pelajar di bawah kendaliannya secara lebih berkesan dan seterusnya membantu ke arah satu proses pembelajaran yang lebih berkualiti.
HASIL PEMBELAJARAN
KANDUNGAN KURSUS

Diakhir kursus ini peserta berupaya:

  1. Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan bagi sesuatu aktiviti pembelajaran.
  2. Memantau aktiviti pelajar dalam sistem e-Pembelajaran.
  3. Menambah pelajar baru serta mengeluarkan pelajar yang tidak dikehendaki daripada kursus.
  4. Membuat salinan pendua (backup) kursus bagi tujuan keselamatan danjuga kegunaan di masa hadapan.

  1. Kemudahan Groups dalam e-Pembelajaran
  2. Kemudahan Reports dalam e-Pembelajaran
  3. Kemudahan Assign Roles dalam e-Pembelajaran
  4. Kemudahan Backup & Restore dalam e-Pembelajaran
KAEDAH PEMBELAJARAN
Ceramah, Bengkel/ Latihan Amali, Perbincangan
PENCERAMAH / FASILITATOR
  1. Prof. Dr. Mohamed Noor bin Hasan (CTL)
  2. PM  Hanizam bin Sulaiman (CICT)
  3. En. Mohd Khalid Kasmin (FS)
  4. En. Megat Aman Zahiri Megat  Zakaria (FP)
KUMPULAN SASARAN Semua staf yang mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer dan telah mengikuti kursus asas e-Pembelajaran
BILANGAN PESERTA 20 orang
KEKERAPAN SETAHUN 2 kali setahun
TEMPOH / TARIKH 1 hari (2 Feb, 11 Mac, 9 Ogos)