Perancangan Pengajaran Berkesan

TAJUK & KOD KURSUS Perancangan Pengajaran Berkesan
KATEGORI Kursus Kompetensi Teras
SINOPSIS
Pendidikan Berasaskan Hasil ( Outcome-based Education, OBE ) memberi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Dalam pendekatan OBE ini setiap program pengajian yang ditawarkan harus menyediakan apakah hasil pembelajaran yang bakal dicapai oleh pelajar setelah mengikuti sesuatu program atau kursus pengajian. Sehubungan dengan itu, setiap mata pelajaran yang ditawarkan dalam semua program harus saling menyokong matlamat atau objektif yang harus dicapai oleh program tersebut. Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga harus dilaksanakan secara lebih kreatif bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan.
HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN KURSUS

Diakhir kursus ini peserta berupaya:

1. Memahami falsafah, konsep dan objektif pendidikan berasaskan hasil (OBE)

2. Mengenal pasti hubungkait antara objektif program, hasil program, dan hasil pembelajaran

3. Membangun hasil pembelajaran bagi sesuatu matapelajaran yang selari dengan hasil program

4.Merancang dan melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan dalam konteks OBE

1. Prinsip Utama Pendidikan Berasaskan Hasil

2. Definisi Objektif Program, Hasil Program dan Hasil Pembelajaran

3. Menulis Hasil Pembelajaran yang Berkualiti

4. Kaedah Pengajaran yang Bersesuaian dengan Hasil Pembelajaran

KAEDAH PEMBELAJARAN
Kuliah, Perbincangan, Kerja Berkumpulan, Membuat Penyampaian.
PENCERAMAH / FASILITATOR
  1. Prof. Madya Dr. Mohd Zaki bin Kamsah (CTL)
  2. Prof. Dr. Shahrin bin Mohamad (FKA)
KUMPULAN SASARAN TK3
KEKERAPAN SETAHUN 2 kali setahun
TEMPOH / TARIKH 2 hari (4-5 Februari, 9-10 Jun)