Sesi Perkongsian “Badan kita & Tilam” : 12 Jun 2022
Artikel oleh Noor Yusnaini binti Yusoff
Pembentang Sesi Perkongsian
Diterbitkan oleh Zul Azri
Webmaster
Pada 12 Jun 2022 yang lalu, satu lagi sesi perkongsian ilmu telah diadakan. Perkongsian ilmu untuk bulan Jun ini disampaikan oleh Puan Noor Yusnaini binti Yusoff. Tajuk yang telah dipilih untuk perkongsian kali ini “ Badan kita & Tilam” Pemilihan tajuk ini adalah kerana memandangkan setiap manusia apabila usia meningkat, sering megalami gangguan tidur dan apabila bangkit dari tidurnya, masih rasa tidak berapa segar dan tidak selesa, walaupun sudah menjalani proses berehat yang agak pajang selama mereka tidur diwaktu malam. Dalam perkongsian ini sebanyak 9 tips telah dikongsikan bagi megetahui bila tilam perlu diganti dan bagimana untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
Purata jangka hayat tilam kurang daripada 10 tahun
Rasa sakit ketika bangun pagi atau kekejangan
Gelisah ketika tidur
Rasa tidur di tempat lain lebih baik
Tilam mengendur atau terdapat ketulan di dalam tilam
Kita selalunya tidur lebih kurang 6 jam di atas tilam kesayangan kita yang sangat sesuai dengan pelbagai bentuk badan dan berat badan kita sekarang.
Pemilihan tilam mestilah mewujudkan keseimbangan dan keselesaan lembut yang unik untuk sokongan tulang belakang kita.
Keadaan tilam atau bantal yang tidak sempurna boleh menggangu kesihatan dan keselesaan badan kita, diantaranya seperti sengal tengkuk, belikat dan pinggang, ini menandakan tilam kesayangan kita itu tidak lagi sayang kat kita..tidak membari sokongan pada badan kita lagi sekarang
Untuk mendapatkan permukaan tilam yang sekata rata, hendaklah pusingkan tilam setiap 3 bulan dan bersihkan sekali dengan memvaccium, jemur dan lain-lain.
Related Articles
SESI SERAHAN DUIT RAYA OLEH PENGARAH UTM CDex
Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexBersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Pengarah UTM CDex iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah berbesar hati untuk menyumbangkan duit raya sebagai tanda penghargaan kepada semua staf UTM CDex.Sesi...
Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023
Bendahari KAPELLATimbalan Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexMajlis Iftar Ramadhan UTM CDex anjuran Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) di DCM Hall Taman Universiti, Skudai, Johor. Staf bersama ahli...
Holo Raya
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBuat julung kalinya Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerbitkan sebuah video khas sempena menyambut perayaan Aidilfitri 2023. Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang membuat...