Sesi Perkongsian “Badan kita & Tilam” : 12 Jun 2022

Artikel oleh Noor Yusnaini binti Yusoff

Pembentang Sesi Perkongsian

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster

Pada 12 Jun 2022  yang lalu, satu lagi sesi perkongsian ilmu telah diadakan. Perkongsian ilmu untuk bulan Jun ini disampaikan oleh Puan Noor Yusnaini binti Yusoff. Tajuk yang telah dipilih untuk perkongsian kali ini “ Badan kita & Tilam” Pemilihan tajuk ini adalah kerana memandangkan setiap manusia apabila usia meningkat, sering megalami gangguan tidur dan apabila bangkit dari tidurnya, masih rasa tidak berapa segar dan tidak selesa, walaupun sudah menjalani proses berehat yang agak pajang selama mereka tidur diwaktu malam. Dalam perkongsian ini sebanyak 9 tips telah dikongsikan bagi megetahui bila tilam perlu diganti dan bagimana untuk dapatkan tidur yang berkualiti.

Purata jangka hayat tilam kurang daripada 10 tahun

Rasa sakit ketika bangun pagi atau kekejangan

Gelisah ketika tidur

Rasa tidur di tempat lain lebih baik

Tilam mengendur atau terdapat ketulan di dalam tilam

Kita selalunya tidur lebih kurang 6 jam di atas tilam kesayangan kita yang sangat sesuai dengan pelbagai bentuk badan dan berat badan kita sekarang.
Pemilihan tilam mestilah mewujudkan keseimbangan dan keselesaan lembut yang unik untuk sokongan tulang belakang kita.

Keadaan tilam atau bantal yang tidak sempurna boleh menggangu kesihatan dan keselesaan badan kita, diantaranya seperti sengal tengkuk, belikat dan pinggang, ini menandakan tilam kesayangan kita itu tidak lagi sayang kat kita..tidak membari sokongan pada badan kita lagi sekarang

Untuk mendapatkan permukaan tilam yang sekata rata, hendaklah pusingkan tilam setiap 3 bulan dan bersihkan sekali dengan memvaccium, jemur dan lain-lain.

Related Articles

Related
LAWATAN PENANDAARAS EKSA UTM CDex

LAWATAN PENANDAARAS EKSA UTM CDex

Urusetia EKSA zon orenWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 17 November 2022 (Khamis), Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) di bawah Jawatankuasa Latihan telah menganjurkan Lawatan...

read more