Siri Gotong Royong UTM Berseri (Lata Jernih Indah Berseri)

Artikel oleh Puan Nurliza Abd Rahman
Pembantu Tadbir, UTM CDex

Disunting oleh Pn. Nurul Nazihah Ismail
Penolong Pendaftar, UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Program gotong-royong UTM Berseri (Lata Jernih Indah Berseri) yang diadakan pada 18 Januari 2024 (Khamis), merupakan suatu acara yang penting dalam usaha menjaga kebersihan dan keindahan kawasan hutan rekreasi Universiti Teknologi Malaysia. Dengan kerjasama antara pejabat JTNC(Pembangunan) dan Sukarelawan UTM Prihatin, serta 11 orang staf UTM CDex, aktiviti ini menjadi lebih bermakna.
Program dirasmikan dengan gimik penanaman pokok oleh Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin bin Musa, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset, JTNCP, mewakili Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan. Sebelum aktiviti gotong-royong dimulakan, sesi taklimat ringkas disampaikan oleh setiap ketua kumpulan kepada staf di bawah seliaan masing-masing. Peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan dan melaksanakan pelbagai tugas termasuk mengecat, membersihkan daun-daun kering, mencuci kawasan rumah kampung, menanam pokok, dan membersihkan Kawasan lata jernih.
Inisiatif seperti ini tidak hanya menyumbang kepada kebersihan kawasan persekitaran, tetapi juga memperkuat semangat gotong-royong dan kebersamaan dalam komuniti universiti. Semoga aktiviti seperti ini terus diadakan secara berkala untuk menjaga keindahan alam dan memperkukuhkan lagi ikatan sosial dalam masyarakat universiti.
Related Articles
Audit Ruang Kerja Staf Terbaik (Jan – April 2023)
Ketua Zon OrenPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengambil inisiatif untuk meneruskann lagi Pertandingan Ruang Kerja Staf Terbaik...
SESI SERAHAN DUIT RAYA OLEH PENGARAH UTM CDex
Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexBersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Pengarah UTM CDex iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah berbesar hati untuk menyumbangkan duit raya sebagai tanda penghargaan kepada semua staf UTM CDex.Sesi...
Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023
Bendahari KAPELLATimbalan Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexMajlis Iftar Ramadhan UTM CDex anjuran Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) di DCM Hall Taman Universiti, Skudai, Johor. Staf bersama ahli...


