USR KAPELLA Kepada UTM

Artikel oleh Jeffri A. Rahman

Timbalan Pengerusi KAPELLA 2020/21

Gambar oleh Isyq Irfan

Fotografer Rasmi

Diterbitkan oleh Raja Fareez

Urusetia, Webmaster

Pada 27 Mei 2021 KAPPELLA ataupun Kelab keluarga Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UTMLead telah menjayakan program serahan makanan keperluan asas kepada warga kampus yang terkesan akibat PKPD seperti diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuat kuasa pada 21 Mei 2021 hingga 3 Jun 2021.

Menerusi program ini KAPELLA telah menyumbang sebanyak lima puluh lapan pek bekalan makanan keperluan asas kepada Bilik Gerakan, Dewan Alumni UTM untuk diagihkan kepada warga Universiti terutamanya yang berkeluarga dan menetap di dalam kampus.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh staf UTMLead yang telah menyumbang wang ringgit dan juga kepada ahli Jawatankuasa KAPPELLA yang telah meluangkan masa dan mengerah tenaga bagi menjayakan program ini. 

Related Articles

Related

Bengkel Penyediaan Laporan BEM

Bengkel Penyediaan Laporan BEM

Bengkel Penyediaan laporan untuk BEM ini telah dijalankan pada 25 Januari dan 17 Februari 2017. Penceramah dan fasilitator yang terlibat adalah Prof. Madya Ir. Hayati Abdullah dan Prof. Madya Ir. Dr. Sharifah Hafizah Syed Ariffin. Bengkel ini adalah untuk membantu...

Aktiviti Riadah – Jelajah Hutan 2017

Aktiviti Riadah – Jelajah Hutan 2017

Pada 7 Februari 2017 yang lalu, kelab keluarga UTMLead telah melaksanakan satu program riadah yang dinamakan sebagai "Jelajah Hutan UTM 2017". Seramai 17 orang staf telah terlibat dalam aktiviti ini bermula pada 9.30pagi - 11.00 pagi. Aktiviti berjalan kaki dimulakan...