BENGKEL PEMBANGUNAN PROGRAM TELEHEALTH/NEUROSCIENCE

Artikel oleh Priscilla Prapagara

Urusetia

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Penolong Pendaftar Kanan

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster UTM CDex

Pada 8 Mei 2023 (Isnin), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan satu Bengkel Pembangunan Program Telehealth/Neuroscience Baharu SHARP-FS bertempat di UTM Flexis D07, UTM Johor Bahru. Bengkel ini telah dijalankan dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.  Seramai 17 peserta dari Fakulti Sains, sharps,Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan dan sekretariat UTM CDex telah menghadiri bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan Struktur Kurikulum, Pelan Pengajian dan  soal-selidik Kajian Pasaran bagi program membangunkan program baharu iaitu Sarjana Muda Psikologi dengan Neurosains yang akan dilaksanakan secara Perkongsian Akademik Trans-Fakulti (PAKAT)

Pendaftaran bengkel bermula dari jam 8.30 pagi dan diikuti oleh taklimat bengkel oleh Prof. Madya Ts. Dr. Haslinda Mohamed Kamar selaku Pengurus CALI UTM CDex. Sesi pertama perbincangan Struktur Kurikulum dan Pelan Pengajian mengikut fakulti dan diikuti oleh sesi kedua dan ketiga mengenai soal-selidik Kajian Pasaran.

Pada jam 1.00 tengahari bengkel ditangguhkan dan akan disambung semula dalam masa yang terdekat. Peserta bengkel perlu membuat beberapa persediaan dari bengkel pertama ini dan dikongsikan dahulu melalui Group Whatsapp Telehealth/Neuroscience sebelum bengkel kedua yang akan diadakan jangkaan pada bulan Julai.

Related Articles

Related
Office Warming UTM CDex

Office Warming UTM CDex

Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 28 Disember 2023 telah dianjurkan sebuah program istimewa iaitu Office Warming UTM CDex. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan ahli...

read more
KURSUS 1 JAM 1 POSTER

KURSUS 1 JAM 1 POSTER

Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...

read more