Pada ceramah kali ini Puan Raihan telah menekankan tentang Akta 605 iaitu Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan telah diselaraskan dengan memfokus kepada Prosedur Penggunaan Peralatan Universiti. Walaupun perkataan integriti kedengaran agak serius untuk didengar dalam ceramah ini, namun Puan Raihan telah mengambil pendekatan yang merapatkan para peserta dalam talian dengan mejawab soalan kuiz, mari meneka perkataan, rakaman fotej berkaitan integriti yang sentiasa menghidupkan suasana sepanjang ceramah tersebut dijalankan. Selain dari mengingatkan semua staf tentang pentingnya menjalankan tugas dengan beramanah dan berintegriti, Puan Raihan juga turut memberikan pesanan penting tentang membiasakan amalan yang betul dan membudayakannya dalam kehidupan kita sebagai staf di UTM dan sentiasa merujuk kepada prosedur kerja terkini.
BUDAYA INTEGRITI BUDAYA MURNI, itulah tema ceramah integriti kali kedua yang telah dijalankan pada 25 Julai 2023 secara dalam talian menggunakan platform Webex dan siaran langsung di Facebook. Ceramah ini pernah dijalankan pada tahun lalu tetapi dengan tema berbeza namun pihak UTM CDex sekali lagi menjemput Penceramah yang sama iaitu Puan Raihan Abd Karim, Penolong Pendaftar Kanan, Jabatan Canseleri, Pejabat Penasihat Undang-undang dan Integriti.
Di sudut akhir ceramah tersebut, Puan Raihan sekali lagi menyimpulkan bahawa sebagai penjawat awam, seharusnya dibetulkan niat hadir ke pejabat setiap hari di samping memberikan fokus yang terbaik di dalam perjalanan karier. Pihak UTM CDex amat berbesar hati untuk mengadakan lagi ceramah ini pada masa akan datang dengan menfokuskan sudut yang berlainan agar sentiasa menjadi peringatan bersama supaya dapat mengukuhkan lagi jati diri sebagai penjawat awam yang berintegriti.
Related Articles
UTMDeC Fasa 1 : 25-27 Julai 2021
Timbalan Pengarah Program UTMDeCUrusetia, WebmasterAJK Media & Urusetia Program UTM Dean’s Course atau nama singkatannya UTMDeC adalah program khas untuk pembangunan bakal-bakal dekan. Program ini terbahagi pada tiga fasa yang meliputi tiga kajian kes. Kajian kes...
USR KAPELLA Kepada UTM
Timbalan Pengerusi KAPELLA 2020/21Fotografer RasmiUrusetia, WebmasterPada 27 Mei 2021 KAPPELLA ataupun Kelab keluarga Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UTMLead telah menjayakan program serahan makanan keperluan asas kepada warga kampus yang terkesan akibat PKPD...
Penyerahan dokumen sokongan Permohonan AAN ke 14 Calon UTM ke KPT : 8 Julai 2021
Urusetia Anugerah AAN14Urusetia, Webmaster Pada 8 Julai 2021, UTMLead sebagai urusetia Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-14 telah menghantar dokumen sokongan bagi calon dari UTM ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya. Permohonan AAN Edisi ke 14 telah dibuka...