Jamuan Makan Malam KAPPELA di Teluk Gorek, Mersing: Suasana Meriah dan Aktiviti Menarik

Artikel oleh En. Nizam Ahmad

Jawatankuasa Program

Bendahari KAPELLA

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah Rasid

Pegawai Tadbir (Pereka)

Juru Audit KAPELLA

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster UTM CDex

Pengerusi KAPELLA

Pada 18 September 2024, bersempena Kursus pengukuhan Pasukan UTM CDex, majlis makan malam yang dianjurkan oleh KAPPELA telah berlangsung dengan meriah di Teluk Gorek, Mersing, Johor. Acara ini dihadiri oleh ahli-ahli kelab, keluarga, serta tetamu yang dijemput khas, memberikan suasana penuh kehangatan dan kekeluargaan. Majlis dimulakan dengan hidangan makan malam yang menyelerakan, diikuti dengan pelbagai aktiviti menarik yang menceriakan semua yang hadir. Antara acara yang paling dinanti-nantikan adalah program soal jawab kuiz, yang dikendalikan oleh Cik Haslinda dan Cik Hazwani di mana peserta diberikan peluang untuk menguji pengetahuan mereka dalam pelbagai topik. Sesi ini turut menjadi platform yang menyeronokkan untuk berinteraksi dan bertukar idea antara ahli.

Selain itu, majlis juga dimeriahkan dengan sesi tukar hadiah yang membolehkan para tetamu saling memberi hadiah simbolik, mempereratkan lagi hubungan sesama mereka. Tidak ketinggalan, cabutan bertuah turut diadakan dengan hadiah-hadiah menarik yang memeriahkan suasana malam tersebut

Sebagai tambahan kepada kemeriahan majlis makan malam pada 18 September, aktiviti untuk keluarga diteruskan pada keesokan harinya, 19 Oktober 2024, dengan diadakannya sesi permainan untuk kanak-kanak yang tidak turut serta dalam acara pendakian. Aktiviti ini dilaksanakan pada waktu siang dan menarik perhatian ramai ibu bapa yang datang untuk melihat anak-anak mereka berhibur dengan pelbagai permainan yang telah disediakan.

Penganjuran majlis ini tidak hanya memberi peluang kepada ahli untuk beramah mesra, tetapi juga mewujudkan satu suasana yang penuh keceriaan dan kebersamaan. KAPPELA terus komited dalam merancang pelbagai aktiviti yang dapat menyatukan masyarakat setempat dan mencipta kenangan indah untuk semua.

Related Articles

Related
PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH KAPELLA

PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH KAPELLA

Bendahari KAPELLAPengerusi KAPELLASetiausaha KAPELLAWebmaster UTM CDex5 April 2023 (Rabu)-Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menyumbangkan hamper berupa kordial minuman dan sampul hari raya kepada 29 orang staf UTM CDex bagi meraikan kedatangan...

read more
Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 21 Mac 2023, warga kerja Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), telah meluangkan masa untuk berkumpul bersama bagi menjayakan penggambaran video raya UTM CDex dan sesi fotografi...

read more