Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex

Artikel oleh En. Mohamad Nizam Ahmad

JK EKSA UTM CDex

Disunting oleh En. Harith Fadzillah Rasid

Pengerusi Zon Oren

Diterbitkan oleh En. Zul Azri A Rahman

Webmaster

Pada  13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari setiap PTJ dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa. Kursus ini bertujuan memberikan panduan serta pendedahan menyeluruh berhubung amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) berdasarkan piawaian terkini yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU.

Sepanjang kursus sehari ini, peserta diberi pendedahan tentang:

  • Konsep asas dan objektif pelaksanaan EKSA.
  • Tatacara dan panduan terkini pelaksanaan mengikut standard MAMPU.
  • Langkah-langkah utama dalam proses permohonan pensijilan EKSA.
  • Persediaan menghadapi audit sebenar bagi memastikan jabatan bersedia dan memenuhi syarat pensijilan.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Hassan Othman dari Pejabat Canseleri UTM KL, seorang penceramah berpengalaman luas dalam bidang pelaksanaan EKSA. Selain sesi penerangan, UTM CDex juga telah diaudit secara langsung oleh penceramah. Hasil audit tersebut memberikan maklum balas positif terhadap amalan sedia ada di samping teguran membina untuk penambahbaikan di beberapa bahagian.

    Menurut penceramah, audit percubaan ini amat penting kerana ia membantu jabatan menilai tahap kesiapsiagaan terhadap pensijilan EKSA sebenar. Melalui kursus ini juga, peserta didedahkan dengan amalan terbaik untuk mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik, serta selaras dengan aspirasi budaya kerja cemerlang sektor awam.

      Dengan penganjuran kursus ini, UTM CDex yakin bahawa warga kerjanya lebih bersedia untuk melaksanakan amalan EKSA secara menyeluruh serta berjaya mencapai pensijilan yang diiktiraf oleh MAMPU pada masa akan datang.

        Related Articles

        Related
        Program Semarak Kemerdekaan UTMLead 2021

        Program Semarak Kemerdekaan UTMLead 2021

        Urusetia ProgramJurugambar RasmiUrusetia, WebmasterSekitar bulan Ogos dan September 2021 telah diadakan Program Semarak Kemerdekaan UTMLead sempena sambutan Merdeka pada 31 Ogos 2021. Program ini telah dijalankan secara bersemuka dan di atas talian sepanjang bulan...

        read more
        Webinar Code of Ethics : 11 Ogos 2021

        Webinar Code of Ethics : 11 Ogos 2021

        Pengurus ProgramUrusetia, Webmaster Webinar Code of Ethics  anjuran UTMLead telah diadakan dengan jayanya pada 11 Ogos 2021. Penceramah jemputan adalah, YBhg Dato’ Ir. Hj Ahmad Murad Bin Hj Omar, iaitu Pengarah Eksekutif OMAHAS Corp. Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan...

        read more
        PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKSA,ZON UTMLEad (ZON OREN)

        PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKSA, ZON UTMLEad (ZON OREN)

        Ketua AJK  (Zon Oren) EKSASetiausaha EKSA (Zon Oren)AJK Promosi, Urusetia, Webmaster Pada 2 Jun 2021 Jawatankuasa Promosi dibawah Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) telah menganjurkan Pertandingan...

        read more
        UTM Open Day