Projek Charity Bubur Lambuk – Sukarelawan Agihan Makanan Iftar

Artikel oleh Pn. Nurliza binti Abd Rahman

AHLI A.I.SQUAD

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah bin Rasid

Pegawai Tadbir (Pereka)

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Bersempena bulan Ramadan 1445H, Pusat Islam UTM melalui inisiatif UTM Prihatin menganjurkan Projek Charity Bubur Lambuk sebagai usaha mengeratkan hubungan komuniti serta memeriahkan amalan sedekah di kalangan warga kampus. Program ini dilaksanakan di Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.

Projek kali ini mendapat tajaan daripada Majlis Profesor dengan kerjasama UTM Campus Sustainability (UTMCS) sebagai sokongan terhadap matlamat untuk membudayakan kampus lestari.

Bubur lambuk telah diagihkan di Wakaf Masjid Sultan Ismail, UTM pada 26 dan 28 Mac 2024 serta 2 April 2024, bermula dari jam 2.15 petang hingga selesai.

Bagi meastikan kelancaran aktiviti mencedok dan mengagihkan bubur lambuk kepada warga kampus, Pusat Islam UTM telah melantik sukarelawan yang turut membantu dalam proses pengagihan kepada pelajar, staf dan warga kampus. Turut terlibat adalah salah seorang wakil staf daripada Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) serta staf dari jabatan lain.

Semoga usaha ini memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta terus menyemarakkan budaya prihatin di kalangan komuniti kampus UTM.

Related Articles

Related
PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH KAPELLA

PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH KAPELLA

Bendahari KAPELLAPengerusi KAPELLASetiausaha KAPELLAWebmaster UTM CDex5 April 2023 (Rabu)-Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menyumbangkan hamper berupa kordial minuman dan sampul hari raya kepada 29 orang staf UTM CDex bagi meraikan kedatangan...

read more
Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 21 Mac 2023, warga kerja Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), telah meluangkan masa untuk berkumpul bersama bagi menjayakan penggambaran video raya UTM CDex dan sesi fotografi...

read more