Siri Gotong Royong UTM Berseri (Lata Jernih Indah Berseri)

Artikel oleh Puan Nurliza Abd Rahman

Pembantu Tadbir, UTM CDex

Disunting oleh Pn. Nurul Nazihah Ismail

Penolong Pendaftar, UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Program gotong-royong UTM Berseri (Lata Jernih Indah Berseri) yang diadakan pada 18 Januari 2024 (Khamis), merupakan suatu acara yang penting dalam usaha menjaga kebersihan dan keindahan kawasan hutan rekreasi Universiti Teknologi Malaysia. Dengan kerjasama antara pejabat JTNC(Pembangunan) dan Sukarelawan UTM Prihatin, serta 11 orang staf UTM CDex, aktiviti ini menjadi lebih bermakna.

Program dirasmikan dengan gimik penanaman pokok oleh Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin bin Musa, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset, JTNCP, mewakili Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan. Sebelum aktiviti gotong-royong dimulakan, sesi taklimat ringkas disampaikan oleh setiap ketua kumpulan kepada staf di bawah seliaan masing-masing. Peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan dan melaksanakan pelbagai tugas termasuk mengecat, membersihkan daun-daun kering, mencuci kawasan rumah kampung, menanam pokok, dan membersihkan Kawasan lata jernih.

Inisiatif seperti ini tidak hanya menyumbang kepada kebersihan kawasan persekitaran, tetapi juga memperkuat semangat gotong-royong dan kebersamaan dalam komuniti universiti. Semoga aktiviti seperti ini terus diadakan secara berkala untuk menjaga keindahan alam dan memperkukuhkan lagi ikatan sosial dalam masyarakat universiti.

    Related Articles

    Related
    KURSUS 1 JAM 1 POSTER

    KURSUS 1 JAM 1 POSTER

    Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...

    read more