Program The Biggest Loser: Oh My KG!

Artikel oleh Pn. Nurliza binti Abd Rahman
Pembantu Tadbir KUP

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah Ismail
Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
UTM CDex dengan jayanya telah melaksanakan program The Biggest Loser: Oh My KG! yang bertujuan memupuk gaya hidup aktif dan meningkatkan kesedaran staf tentang pentingnya menjaga kesihatan. Di samping itu, program ini juga membantu peserta mencapai penurunan berat badan ideal dalam tempoh yang telah ditetapkan. Program ini melibatkan 27 orang staf dari Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dan berlangsung selama tiga bulan, bermula 1 Julai hingga 30 September 2024.
Program ini disusun dengan tiga sesi timbang berat badan untuk memantau tahap kesihatan peserta:
- 1 – 4 Julai 2024: Timbang berat pertama.
- 12 – 15 Ogos 2024: Timbang berat kedua.
- 22 – 23 September 2024: Timbang berat terakhir.
Majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah program telah diadakan pada 29 September 2024 yang disempurnakan oleh Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah.
Kategori lelaki dan perempuan masing-masing menerima hadiah wang tunai berikut:
- Tempat Pertama (RM80): En. Mohamad Nizam bin Ahmad, Pn. Nurliza binti Abd Rahman
- Tempat Kedua (RM50): En. Mohd Arshad bin Musa, Pn. Jaslina binti Ja’apar
- Tempat Ketiga (RM20): En. Halizan bin hashim, Cik Hazwani binti Mohd Zahar
Program The Biggest Loser: Oh My KG! membuktikan komitmen UTM CDex dalam menyokong gaya hidup sihat dan produktiviti kerja. Diharapkan inisiatif ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk manfaat kesihatan staf secara berterusan. Tahniah kepada semua peserta dan pemenang!
Related Articles
BENGKEL PEMBANGUNAN PROGRAM TELEHEALTH/NEUROSCIENCE
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 8 Mei 2023 (Isnin), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan satu Bengkel Pembangunan Program Telehealth/Neuroscience Baharu SHARP-FS bertempat di UTM Flexis D07, UTM Johor...
Audit Ruang Kerja Staf Terbaik (Jan – April 2023)
Ketua Zon OrenPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengambil inisiatif untuk meneruskann lagi Pertandingan Ruang Kerja Staf Terbaik...
SESI SERAHAN DUIT RAYA OLEH PENGARAH UTM CDex
Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexBersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Pengarah UTM CDex iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah berbesar hati untuk menyumbangkan duit raya sebagai tanda penghargaan kepada semua staf UTM CDex.Sesi...


