Pengiktirafan Bulanan Untuk Ruang Kerja Paling Kondusif.
Sebagai usaha berterusan dalam menyemarakkan budaya kerja yang bersih, sistematik dan profesional, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, UTM CDex telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Ruang Kerja Staf Terbaik yang dilaksanakan secara berkala setiap dua bulan.
Pertandingan ini bukan sekadar satu bentuk pengiktirafan, malah menjadi platform untuk menilai sejauh mana penghayatan dan pelaksanaan prinsip EKSA dalam kalangan staf UTM CDex. Inisiatif ini juga diharap dapat menyemai semangat kerjasama, kreativiti dan inovasi, khususnya dalam menyusun atur ruang kerja yang bukan sahaja kemas dan selamat, tetapi juga memberi keselesaan serta produktiviti maksimum.
Selain itu, pertandingan ini turut mendidik staf agar mengamalkan budaya kerja yang sihat dan bersih, bukan sahaja di tempat kerja tetapi juga di rumah dan dalam kehidupan seharian.
Kriteria Penilaian Ruang Kerja Terbaik
Antara aspek yang dinilai dalam pertandingan ini termasuk:
- Pemakaian elemen EKSA, OSHE dan Pelestarian
- Susun atur peralatan di ruang kerja
- Tahap kebersihan dan kekemasan
- Keseragaman dan konsistensi ruang kerja (bersih, kemas, tersusun dan selamat)
Proses penilaian dilaksanakan oleh juruaudit yang dilantik daripada kalangan Ahli Jawatankuasa EKSA Zon Oren, dengan kerjasama wakil Jawatankuasa OSHE dan Pelestarian UTM CDex.
Pemenang Ruang Kerja Staf Terbaik
Bulan Februari 2025
- Puan Nurliza binti Abd. Rahman
Bulan April 2025
- Puan Mariyana binti Zainal
- Cik Priscilla A/P Prapagara
Bulan Jun 2025
- Puan Jaslina binti Jaápar




Related Articles
Program Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai
Ahli Jawatankuasa ProgramAhli Jawatankuasa ProgramAhli Jawatankuasa ProgramPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexProgram Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai telah berjaya dilaksanakan pada 10 Ogos 2023 (Khamis) bertempat di Dewan UTM CDex, Bangunan Pusat...
EXPLORACE MERDEKA 2023 UTM CDex
Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDex CHECK POINT LOKASI NAMA PERMAINAN 1 LATA JERNIH WATERJET (20 minit) -Peserta mengambil air dari sungai dan mengisi ke dalam botol yang disediakan sehingga penuh...
Program Jumud, Beku, Lupus (JBL)
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBengkel JBL ini telah dijalankan dalam beberapa siri dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan AMD, SRAdS, UTM iLeaGue, QRiM dan UTM CC. Bengkel siri ke-2 telah dijalankan pada 19 September 2022 di Hotel Pulai Spring johor...